Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

CEKIK DARAH : Yuran Pusat Jagaan Kanak-Kanak Semakin Membebankan!!!


Macam tak masuk akal je. Semakin hari semakin melampau caj yang dikenakan. Minimum RM1,000 sebulan untuk seorang anak! Itulah yuran yang membebani golongan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak swasta ketika ini.
Golongan ibu bapa di sekitar Lembah Klang masa kini tiada pilihan, melainkan terpaksa mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk meletakkan anak mereka di pusat jagaan kanak-kanak swasta ketika mereka bekerja.

Berikutan itu, pusat jagaan kanak-kanak swasta mengambil peluang berkenaan untuk membuat keuntungan lumayan, sehinggakan ada yang dianggarkan mencecah RM100,000 sebulan.


Tinjauan di beberapa pusat jagaan kanak-kanak swasta sekitar Lembah Klang mendapati, rata-ratanya mengenakan kadar yuran hampir sama, iaitu minimum RM1,000 ke atas.

Salah seorang pengurus di pusat jagaan swasta di Petaling Jaya yang dikenali sebagai Mei, memberi alasan kadar yuran dikenakan pusat jagaan kanak-kanak tidak terlalu mahal kerana menggunakan kaedah jagaan moden mengikut peredaran zaman.

“Bagi kanak-kanak berumur tiga bulan hingga 18 bulan, kadarnya ialah RM1,350, umur 18 bulan hingga tiga tahun (RM1,200) dan kanak-kanak berumur empat tahun RM1,000 untuk hari penuh dan RM650 jika separuh hari.

“Harga itu sesuai dengan kaedah moden yang digunakan, termasuklah sistem pembelajaran kondusif apabila setiap kelas kami menempatkan dua hingga tiga guru untuk menjaga dan mendidik. Pusat jagaan kami juga dilindungi dengan sistem kawalan keselamatan lengkap,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kanak-kanak juga akan dilindungi skim perlindungan insurans melalui syarikat yang dilantik.


Sementara itu bagi, seorang penyelia pusat jagaan kanak-kanak swasta di sini yang dipanggil Madam Fong, mempertahankan kadar yuran itu dan menyifatkan ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Permulaan pendaftaran bagi separuh hari ialah RM1,010 dan RM1,460 untuk sepenuh hari bagi kanak-kanak dua hingga empat tahun. Manakala bulan kedua sehingga akhir tahun, yuran bulanan mereka hanyalah RM700 sebulan termasuk pakej makanan, peralatan sekolah, pakaian seragam serta pakej percutian,” katanya.

Mengulas lanjut, penyelia pusat jagaan kanak-kanak itu berkata, mereka tidak boleh meletakkan kadar harga yang terlalu rendah sehingga terpaksa menanggung kerugian.

Katanya, hasil kutipan yuran digunakan untuk kos penyelengaraan serta membayar gaji kakitangan yang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. - SUMBER

BB : Adakah pengusaha bebas mengenakan caj yuran sesuka hati tanpa ada pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak yang berkenaan? Dimana silapnya?
Share this article

1 Komen:

  1. nak daftar masuk tadika swasta macam nak masuk universiti.. last last pi KEMAS jer.. selamat duit aku..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top