Nuffnang

MENGELIRUKAN - TESCO Mohon Maaf Isu Label Dan Bekas "Seakan Sama"


KUALA LUMPUR – Gambar yang memaparkan produk keluaran pasaraya Tesco, iaitu Cecair Peluntur dan Yogurt Strawberi menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Pengguna Facebook, Salihuddin Mohamed yang memuat naik gambar itu di Facebook Shah Alam Residen (tak suka ban orang) meminta orang ramai supaya berhati-hati membeli produk terbabit ketika membeli-belah di pasar tersebut.
“Hati-hati bila shopping kat tesco. Botol clorox dengan yogurt seakan sama. Anak-anak kecil tidak dapat bezakan,” katanya.

Namun, ada komen di kalangan pengguna mahu produk tersebut ditarik balik oleh pihak Tesco kerana dikhuatiri mengundang bahaya di kalangan kanak-kanak.

Kelicap Madu berkata: “Kalau kita dah besar ni salah minum kalau rasa lain dapat diluah balik. Kalau anak-anak kecil terus telan. Bahaya. Moga dijauhkan dari anak-anak kita. Pihak Tesco perlu ambil tindakan tukar pembalut.“

Ain Ridzuan berkata: “Bahayanya. Ni mak bapa pun tak perasan. Huhu.”

Malah, ada juga yang menyarankan Tesco supaya berhati-hati apabila melabelkan jenis produk keluarannya sendiri.

Tuty Masnizar Hussin berkata: “Sepatutnya minuman buat tulisan kaler biru. Yang detergen bagai buat la merah.“

Syahseerah Sa’adon juga berkata: “Tesco semua sama je design dia.“

Alia Zawani berkata: “Pihak Tesco tu kena ambil perhatian. Sticker dan botol sebiji sama. Ni kalau nak cepat memang tak terfikir pun benda macam ini.“

Bagaimanapun, Tesco Malaysia akan menarik balik produk minuman yogurt dari semua cawangan mereka berikutan rekaan produk cecair peluntur yang dikatakan menyerupai label dengan produk minuman berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan Tesco Malaysia, Datuk Azlam Shah Alias berkata produk yang dipasarkan di atas jenama Tesco itu dihentikan penjualan buat sementara waktu sehingga perkara ini dapat diselesaikan.

“Kami berterima kasih kepada para pelanggan yang memberikan maklum balas mengenai perkara ini. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan mengeluarkan produk minuman berkenaan dari rak stor kami serta di seluruh cawangan yang lain, berkuatkuasa serta-merta bermula siang tadi,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, pihak Tesco juga menghentikan penjualan produk minuman berkenaan buat sementara waktu sehingga perkara ini dapat diselesaikan. 

– TheRakyatPost
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top