Nuffnang

BACUL!!! Alvin Tan Lari Untuk Elak Ditangkap

“SKMM memohon kepada Interpol dan kemudian mengeluarkan ‘Notis Merah’ bagi mengesan dan membolehkan Tan ditangkap sekiranya dikesan memasuki mana-mana negara.”
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengesyaki blogger kontroversi, Alvin Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri prosiding perbicaraan kes terhadapnya.

Penolong Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan di SKMM, Akmal Hamdy Baharudin, 32, berkata ia berdasarkan laporan yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“SKMM memohon kepada Interpol dan kemudian mengeluarkan ‘Notis Merah’ bagi mengesan dan membolehkan Tan ditangkap sekiranya dikesan memasuki mana-mana negara,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Sebelum ini, Tan gagal hadir kali pertama ke mahkamah pada 13 Jun 2014 ketika sebutan kes itu.

Mahkamah bagaimanapun, mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal mengembalikan pasport yang dipohonnya bagi tujuan penggambaran dokumentari di Singapura.

Namun, mahkamah kemudian masih meneruskan perbicaraan terhadap bekas teman wanitanya, Vivian Lee, meskipun tanpa kehadiran Tan.

Akmal Hamdy, merupakan saksi pendakwaan ke-18 dalam kes perbicaraan Alvin Tan atau Tan Jye Yee dan Vivian Lee atau Lee May Ling yang didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ yang mengandungi logo halal, di laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada jam 9 pagi, 12 Julai 2013, mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Mereka turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud bersambung pada 24 Feb.

-BERNAMA
Share this article

1 Komen:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top