Nuffnang

MUTAKHIR : Liverpool Pecat Brendan Rodgers, Klopp Bakal Diumumkan Pengurus Baru


LONDON: Brendan Rodgers dipecat sebagai pengurus Liverpool, menurut kenyataan kelab berkenaan, sebentar tadi. Pengendali dari Ireland itu dimaklumkan mengenai pemecatannya selepas Liverpool catat keputusan seri 1-1 dengan Everton di Goodison Park malam tadi waktu Malaysia. 


Rodgers yang pasukannya hanya memenangi satu daripada sembilan aksi dalam tempoh 90 minit permainan dimaklumkan mengenai pemecatannya itu oleh Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan Fenway Sports menerusi panggilan telefon. Tidak dapat dipastikan siapa akan mengambil tempatnya itu selepas ini. Kenyataan dari laman web Liverpool berbunyi seperti berikut: 

'Kelab Bola Sepak Liverpool mengumumkan Brendan Rodgers akan melepaskan jawatannya dengan serta merta selepas kontraknya ditamatkan. Proses bagi melantik pengurus baharu sedang dilaksanakan'. 


Dalam kenyataan bersama, pemilik Kumpulan Fenway Sports, John Henry; pengerusi, Tom Werner dan presiden kelab, Mike Gordon mereka menyatakan: 

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Brendan Rodgers atas sumbangan signifikannya kepada kelab dan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerja kuatnya." 

Jurgen Klopp menandatangani kontrak bersama Liverpool bagi menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat, menurut satu laporan. 


Bekas pengendali Borussia Dortmund mengikat kontrak selama tiga tahun. Rodgers dipecat selepas Liverpool catat keputusan seri 1-1 dengan Everton di Goodison Park malam tadi waktu Malaysia. 

Penyokong skuad The Reds melaungkan nama Klopp untuk dilantik sebaik saja pengumuman pemecatan Rodgers diketahui. Pelantikan Klopp dijangka diumumkan hari ini, menurut laporan media Bosnia, Pravdabl sebentar tadi. Klopp tiba di Liverpool dengan reputasi hebat dan bakal dibantu Zeljko Buvac dari Bosnia. 

Pravdabl mendakwa mereka mendapat maklumat eksklusif berkenaan untuk dihebahkan. - AGENSI



Selain Klopp, beberapa nama lain turut tersenarai di kalangan peminat untuk mengemudi Liverpool seperti Carlo Ancelotti, Ronald Koeman, Frank De Boer dan Walter Mazzari.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top