Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MAKAN DIRI ATAU KECUT TELOQ? DAP Tangguh Saman JAIP!!!


UGUTAN NAMPAK BERANI AKHIRNYA TANGGUH PULA NAK SAMAN JAIP......

DAP Negeri Pahang dikatakan kini menukar tekadnya untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan mengambil keputusan menangguhkan tindakan undang-undang yang kononnya mahu diambil berhubung kes khutbah Aidiladha lepas.


Pada 26 September lalu, Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri berani membuat ugutan ke atas JAIP supaya meminta maaf secara terbuka serta menarik balik teks khutbah berkenaan yang dikatakan menuduh parti DAP sebagai sebuah parti yang menentang Islam.

Tempoh yang diberi ialah selama lima hari dari tarikh berkenaan dan jika gagal membuat permohonan maaf, tindakan undang-undang akan diambil.

Selepas lapan hari tarikh akhir ugutan itu berlalu, insan yang mengugut sendiri berkata tidak akan meneruskan tindakan undang-undang yang akan diambil sebelum ini sebaliknya akan bertemu dengan pihak JAIP untuk menjalankan proses rundingan.

“Islam mementingkan akhlak dan teguran wajar disampaikan dengan baik, bukan melempar tuduhan tanpa usul periksa.

“Kita mahu berbincang secara dalaman bagi mendapatkan penjelasan serta bukti terhadap apa yang telah dinyatakan dalam khutbah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tengku Zulpuri yang merupakan pemimpin DAP Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya perlu sahaja.

Baginya untuk waktu ini penyelesaian secara berhemah adalah lebih baik.

“Kita tunggu dulu (tindakan undang-undang). Biarlah kita selesaikan perkara ini secara baik. Kita ini orang Islam, jadi perlu fikir saluran yang lebih baik dahulu (selesaikan),” katanya.

Pihaknya akan menghubungi Jabatan Mufti Pahang dan merancang pertemuan antara kedua-dua pihak dapat diadakan pada minggu hadapan.

“Harap mereka dapat terima kita untuk adakan perbincangan secara dalaman. Kita akan tunggu respons mereka,” katanya.

Dalam kes itu, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bertegas tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP dan terus mempertahankan teks khutbah berkenaan.

“Perpecahan ini kerana umat Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, Pas, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.

“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu.

– PRU14.tv
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top