Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

INDIVIDU ISLAM BERPENGARUH : Datuk Siti Dan Hj Hadi Tersenarai


Keluaran terbaru The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims telah menyenaraikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penyanyi terkenal negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai 500 individu Muslim yang paling berpengaruh di dunia bagi edisi 2016.

Abdul Hadi yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu diiktiraf dalam kategori pendakwah dan panduan rohani digambarkan sebagai seorang pengarang beberapa buku berkaitan dengan demokrasi dan politik dalam Islam serta turut memberi kuliah setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila yang menarik ribuan orang.

Sementara itu, Siti Nurhaliza pula tersenarai bagi kategori seni dan budaya.

Siti digambarkan sebagai penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah muzik serta diberi penghormatan atas sumbangannya dalam kerja-kerja amal dan merupakan salah satu daripada penerima anugerah Ikon Malaysia.

Buku ini menyenaraikan 500 orang yang paling berpengaruh dalam dunia Islam dengan mengkategorikan individu ke dalam beberapa sektor seperti ilmiah, politik, pentadbiran hal ehwal agama, pendakwah dan panduan rohani, kedermawanan / kebajikan dan pembangunan, isu-isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya, Quran, media, selebriti, bintang sukan dan juga pelampau.

Senarai ini diumumkan kepada orang ramai setiap tahun sejak 2009.

Sebelum ini, antara personaliti Malaysia yang diiktiraf pada tahun-tahun yang lalu dan sekali lagi dipaparkan adalah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tokoh negarawan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top