Nuffnang

BLUE PRINT : SPRM Dan AIBIM Perangi Rasuah Dalam Perbankan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan ‘MACC Luncheon Talk’ Bersama Persatuan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) pada hari ini, 5 Oktober 2015 di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Program diadakan ini selaras dengan Dasar Merakyatkan SPRM di mana memberi ruang sektor perbankan Islam supaya memainkan peranan aktif dalam memerangi rasuah.

Selain itu, program julung kali ini juga diadakan bagi menjelaskan peranan dan fungsi SPRM kepada ahli-ahli AIBIM supaya mereka mendapat gambaran yang tepat tentang fungsi SPRM dan usaha-usaha pencegahan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Hj Mustafar Ali berkata, “usaha-usaha secara bersepadu ini diharap akan mengurangkan kadar rasuah, memperbaiki indeks persepsi rasuah dalam industri perbankan dan secara keseluruhannya mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM.

Selain itu kata beliau, SPRM juga berharap pertemuan seperti ini akan memerangi jenayah rasuah dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan integriti dan memerangi jenayah rasuah dalam negara.

“Satu perbincangan dua hala antara SPRM dan AIBIM akan diadakan selepas ini bagi memperincikan ‘blue print’ bagi kerjasama lebih erat dalam memerangi rasuah dalam sektor perbankan,” kata Datuk Mustafar ketika memberi taklimat delegasi AIBIM.

Sementara itu, Presiden AIBIM, Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, lawatan hari ini bertujuan memantapkan hubungan antara AIBIM dengan SPRM demi kepentingan negara.

“Lawatan ini adalah satu platform untuk kami mempelajari bagaimana SPRM menjalankan tugas berikutan selama ini, pihak kami hanya berurusan menyalurkan maklumat untuk tujuan penyiasatan.

“Pada masa yang sama, AIBIM akan menandatangani ikrar intergriti dalam masa terdekat,” kata beliau.

Seramai 44 orang ahli AIBIM merangkumi Pihak Pengurusan Tertinggi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam di seluruh Malaysia turut mengunjungi bilik lokap SPRM, kawad cam dan bilik temu bual bervideo (VIR) dan taklimat prosedur siasatan SPRM yang disampaikan oleh pegawai SPRM di Bahagian Keselamatan dan Bahagian Forensik SPRM.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil dan pegawai kanan SPRM.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top