Nuffnang

SIAPA NAK MEROYAN? Akta Hasutan 1948 Undang-Undang Sah - Mahkamah Persekutuan


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 adalah sebuah undang-undang yang sah dan mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim mahkamah itu yang membuat keputusan tersebut, turut menolak permohonan Prof Madya Dr Azmi Sharom terhadap perlembagaan akta era kolonial itu.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang membacakan keputusan itu, berkata akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, seperti yang dicabar oleh Azmi.

Beliau turut mengarahkan kes dakwaan profesor undang-undang itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Dalam reaksinya sejurus mendengar keputusan tersebut, Azmi berkata beliau amat kecewa.

"Hanya Parlimen yang boleh membuat undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara kerana ia dipilih secara demokratik.

"Dan ini merupakan satu perkara yang sangat, sangat penting.

"Malanglah perkara ini terlepas (dalam kes ini).

"Saya sangat kecewa kerana ini adalah hari yang menyedihkan bagi kebebasan awam di Malaysia," katanya di sini, hari ini.

Peguambela Azmi, Gobind Singh Deo berkata beliau akan mendapat tarikh pengurusan kes dari hakim Mahkamah Sesyen.

"Saya akan pergi ke pejabat saya sekarang dan menulis kepada hakim Mahkamah Sesyen memberitahu mengenai keputusan ini dan meminta tarikh pengurusan kes untuk ditetapkan segera.

"Saya akan menunggu untuk mahkamah membuat keputusan. Mungkin dalam minggu ini," katanya.

Pada 17 September tahun lalu, Azmi memfailkan permohonan itu, mengatakan Seksyen 4 tidak mengikut perlembagaan dan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara.

Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac lalu menangguhkan penghakiman sama ada Akta Hasutan 1948 selari dengan perlembagaan dalam kes tuduhan ke atas Dr Azmi.

Perkara itu menjadi pertikaian kerana Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya Parlimen boleh menggubal undang-undang yang mengehadkan kebebasan bersuara.

Kes tersebut bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Azmi, pada 2 September, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) akta tersebut kerana ulasannya dalam satu artikel berita bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told”.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top