Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DAP, Tony Pua Bukan Tuhan - Pemimpin PAS


"Jika mereka (Pakatan Harapan) ingin menawan Putrajaya bagi saya lupakanlah.

"Realitinya apa yang berlaku sekarang Pakatan Harapan ini sukar mendapat sokongan orang Melayu dan Islam tanpa PAS," ujarnya lagi.


Pemimpin DAP, Tony Pua "bukan tuhan" yang boleh menduga Pakatan Harapan akan memenangi pilihan raya umum akan datang, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi.

Beliau membidas Setiausaha Publisiti DAP itu kerana angkuh menduga Pakatan Harapan boleh menang pada PRU-14 tanpa bantuan PAS.

Menurut Sallehin, Pua hanya mengitar semula kenyatàan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa PAS akan kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Sallehin berkata Pua dan Lim tidak berpijak pada realiti dalam membuat ramalan.

"Bagi saya, Tony bukan tuhan nak menentukan pilihan raya boleh menang atau tidak. Politik ini di saat-saat akhir pun boleh berubah dan boleh berlaku.

"Kalau dia kata boleh menang lebih banyak kerusi (tanpa PAS), dia kena tunjuklah strateginya," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Tambahnya, Pakatan Harapan akan melalui jalan yang sukar bagi menawan Putrajaya tanpa PAS.

Selain itu, Sallehin menyelar kenyataan Pua yang mempersendakan prestasi PAS di Kelantan.

"Kalau dia nak kaitkan soal dia akan menang besar dengan soal Kelantan saya fikir itu tidak adil melainkan kalau dia kata PAS Kelantan akan kalah tapi bagi saya ucapan yang menyatakan Kelantan itu prestasinya tidak bagus adalah tidak betul," jelasnya.

Semalam, Tony di dalam satu majlis bagi mengutip dana Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur turut yakin Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) mampu untuk memenangi pilihanraya umum akan datang walapun tiada kerjasama daripada PAS.

Tony sebelum ini merujuk sumbangan kerajaan PAS di Kelantan dan kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan yang dianggap lambat menghulurkan bantuan.

Malah DAP katanya yang giat membantu dengan mengusahakan projek pembinaan semula rumah di negeri itu yang dikenali sebagai Impian Kelantan.

Pua turut mengungkit tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju terhadap keputusan persetujuan DAP dan PKR mencalonkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim September tahun lalu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top