Nuffnang

ALHAMDULILLAH : Mahkamah Persekutuan Tolak Keputusan Mahkamah Rayuan Isu Transgender!!!


"Semoga keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu akan menjadi panduan kepada semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, dan sedar betapa pentingnya keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing perlu dihormati," 


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan amat bersyukur berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa mengisytiharkan peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan sebagai tidak berperlembagaan.

Beliau mengulas berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan, sebelum ini.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif berkata ia kerana tiga transgender telah menggunakan prosedur perundangan yang salah untuk memulakan tindakan mereka.

Justeru, mahkamah memutuskan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga pak andam itu, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 28, Shukor Jani, 29, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, selaku responden, untuk mencabar keesahan Seksyen 66 enakmen tersebut tidak sesuai kerana gagal mematuhi kaedah prosedur.

Mengikut Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, lelaki berlagak seperti perempuan dan memakai pakaian perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-dua sekali.

Pada 7 Nov 2014, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan transgender itu dan memutuskan Seksyen 66 adalah tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Seremban pada 11 Okt 2012, menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang itu yang menghalang mereka berpakaian seperti wanita. 


KENYATAAN MEDIA

YAB. DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN,
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
BERHUBUNG
MAHKAMAH PERSEKUTUAN KETEPIKAN 
KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

Alhamdulillah,

Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT di atas Keputusan Panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini yang telah menerima Rayuan Kerajaan Negeri Sembilan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Kes Transgender dan seterusnya membatalkan Keputusan Mahkamah Rayuan yang juga memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah.

Semoga keputusan yang di buat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini akan menjadi sebagai panduan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini dan sedar betapa pentingnya keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing perlu di hormati.

Sekian.

YAB. DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top