Nuffnang

ANJING GILA : Guan Eng Kena Maki Dengan Cina Kaw2 Punya!!!


Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya. 

“Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar,” katanya kepada pemberita semalam.




Ekoran itu, page rasmi CM Lim Guan Eng telah berkongsi bualan Whatsapp di antara Ketua Menteri itu dengan seorang individu mengenai sebab tindakan membunuh hampir 40 ribu anjing di negeri itu. 


Tindakan admin page yang berniat memberi penjelasan mengapa tindakan tersebut diambil sebaliknya bertukar kepada medan untuk menghentam Guan Eng.



Kes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 September lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 September di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengawalan Wabak Rabies untuk memulakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing.




“Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir,” katanya.

#BBNews : orang Penang, hangpa tak sedaq2 lagi ka?
Share this article

2 Komen:

  1. Jangan bergembira sangat...aku baca komen2 di atas....dalam mereka kononnya "membenci" dan "marah" pada CM guan eng, mereka masih lebih membenci Melayu dan binatang yang mereka beria ia nak selamatkan adalah anjing.....binatang yang tak disukai oleh Melayu. Lebih banyak anjing di jalan raya, lebih merana bangsa Melayu, betul tak?
    Read between the lines!
    Mereka akan cari pengganti guan eng suatu hari nanti...tetapi pengganti guan eng adalah seseorang yang SE-RASIS atau LEBIH RASIS! Itu adalah pilihan puak2 rasis cinabukit!

    BalasPadam
  2. Guan Eng ni keras kepala sikit. Lantak kau orang lah. Kenapa undi dia.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top