Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BALAS DENDAM? Universiti Taylor Cuba Hina Melayu? #Merah169


Inilah yang dikatakan "marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar". Universiti Taylor's Malaysia menamatkan kontrak pengusaha bas Wawasan Sutera Travel and Tours kerana dilapor menggunakan bas yang memaparkan logo universiti berkenaan untuk membawa penyokong ke Himpunan Rakyat  Bersatu pada 16 September 2015.


Perkara itu mendapat perhatian pihak universiti selepas foto penyokong perhimpunan turun dari bas berkenaan mula viral di media sosial, sehingga segelintir pelajar mendesak pihak universiti untuk memberi penjelasan atas insiden itu.

Menerusi satu kenyataan dalam Facebook semalam, pihak Taylor's mengumumkan bahawa kontrak mereka bersama Wawasan Sutera telah ditamatkan.


Gambar dari Facebook Taylor's University

"Pihak pengurusan telah mengkaji semula kontrak dengan pengusaha bas dan mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak, selaras dengan terma dan syarat-syarat, berkuat kuasa hari ini."

Difahamkan, Wawasan Sutera akan meneruskan perkhidmatan dengan Universiti Taylor's sehingga 16 November 2015, atas syarat notis dua bulan untuk penamatan kontrak.

Terdahulu, pihak pengurusan Universiti Taylor's mengeluarkan satu kenyataan pada 16 September yang menjelaskan bahawa pihak mereka tidak menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada penyokong himpunan baju merah.

"Kami ingin menegaskan bahawa pengurusan universiti tidak menawarkan perkhidmatan bas untuk tujuan perhimpunan itu serta bas berkenaan tidak digunakan untuk membawa pelajar-pelajar kami ke perhimpunan tersebut.

"Kami kesal dengan penglibatan Universiti Taylor's  secara tidak sengaja dalam acara ini.” - ASTRO AWANI

#BBNews : Eh, Himpunan Rakyat Bersatu #Merah169 adalah program yang sah kot? Dapat kebenaran dan kelulusan daripada polis dan DBKL. Apa yang salahnya?


Atau memang Taylor Universiti ni memang pusat menternak pembangkang? Adakah Universiti Taylor juga nak main politik dan Cauvanis dalam hal ini? Tengok pada yang komen pun memang dah boleh agak kan?
Share this article

2 Komen:

  1. so kepada pelajar2 ....Melayu lepas ni tak perlu belajar kat Taylors ni ok......ni U yang cauvinis.Apa dia ingat kalau dia tamatkan perkhidmatan bas tu,pengusaha tu tak bolehh cari makan? Ingatlah ni bumi Allah punya......

    BalasPadam
  2. Baca sejarah Taylor college. Mereka pelopor oleh orang kristian dan menentang baju merah orang melayu dengan megah. Aha mereka lupa MARA itu melayu...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top