Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#HRB169 : Zahid Nyatakan Amaran, Usaha Sabotaj Himpunan Dikesan


“Ini sekadar manifestasi bagaimana jauh di sudut hati mereka yang dicabar maruahnya, disuarakan untuk memperlihatkan bahawa tidak perlu adanya provokasi dilakukan oleh mana-mana indvidu atau pemimpin organisasi sama ada berdaftar atau tidak".
Kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu itu.

“Saya berharap mesej ini difahami semua. Sebagai sebuah negara pelbagai kaum, budaya dan agama, kita harus menghormati antara satu sama lain,” katanya.

“Saya berharap perhimpunan (Rakyat Bersatu) tidak dikonotasikan sebagai melawan arus gelombang kuning dengan gelombang merah.

“Tentunya apabila empat kali perhimpunan baju kuning diadakan, saya fikir tidak perlu risau baju merah yang hanya berkumpul sekali,” katanya.

“Walaupun perhimpunan itu mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis telah menentukan beberapa syarat terutamanya perarakan dari lima tempat untuk ke Padang Merobok mesti tidak dicemari dengan kain rentang, poster atau kata-kata kesat yang menyentuh soal-soal sensitiviti perkauman dan perkara-perkara dalam Akta Hasutan.

“Polis akan merampas kain rentang dan poster (menyentuh isu perkauman). Kita akan mengambil tindakan sebagaimana yang kita ambil dalam perhimpunan Bersih,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan peserta konvoi Asean Ride di sini hari ini.


Sementara itu, terdapat laporan mengatakan telah ada perancangan dari pihak-pihak tertentu untuk mensabotaj himpunan ini sepertimana laporan di bawah :
Tarikh/Masa Laporan: 14 SEP 2015; 2200
Laporan diterima bahawa terdapat beberapa kumpulan daripada pihak anti-Kerajaan yang merancang untuk melaksanakan "Black-Ops" untuk cuba mensabotaj Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyamar sebagai peserta-peserta baju merah pada 16 September 2015 dan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Meletakkan gambar-gambar pemimpin-pemimpin kaum cina dan pembangkang terutamanya DAP di atas dan di tepi jalan untuk dipijak oleh peserta-peserta himpunan baju merah.

2. Meletakkan patung-patung pemimpin kaum cina dan pembangkang untuk dipukul dan dibakar oleh peserta himpunan baju merah.

3. Mencetuskan pergaduhan dan membaling botol ke arah kedai-kedai kepunyaan peniaga kaum cina untuk mencetuskan rusuhan.

Tujuan mereka adalah berniat jahat untuk memperdaya dan memerangkap peserta-peserta himpunan baju merah supaya melakukan perkara-perkara di atas. Ini adalah supaya jurugambar-jurugambar dan wartawan-wartawan mereka dapat mengambil gambar-gambar dan memutarbelitkan (spin) cerita kelakuan buruk peserta-peserta himpunan baju merah untuk dijadikan bahan propaganda untuk memburuk-burukkan perhimpunan aman Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015 ini.

-TAMAT LAPORAN-
JANGAN TERPERDAYA DAN TERPERANGKAP DENGAN RANCANGAN JAHAT MEREKA. JAGALAH NAMA BAIK DAN KEAMANAN HIMPUNAN KITA.

Share this article

2 Komen:

  1. Dah tau berbahaya, tak payahlah buat.

    BalasPadam
  2. Kahkahkah , Tok Dalang Zahid provoke lagi.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top