Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

APA YANG TERSIRAT : Gerakan Menjatuhkan Najib


Kini gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak bukanlah satu rahsia lagi. Gerakan yang mula dihidu oleh Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi telah disahkan sendiri oleh mantan TPM kita Muhyiddin Yassin semasa Mesyuarat MT UMNO 9 September lalu. 
Apa yang dapat kita rungkaikan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas gerakan ini? Blog Apa Yang Tersirat ada huraiannya;

1. Isu timbul tenggalam yang masih menyelubungi DS Najib Razak adalah berkaitan pembunuhan model sambilan Mongolia- Altantuya Shaaribu pada Tahun 2006 di Pucak Alam, Shah Alam Selangor.

2. Al-Jazeera melalui segmen 101 menimbulkan semula isu itu, apabila menerbitkan cerita buatan (fiction) yang dilakukan secara senyap oleh wartawan jaringan media itu di Malaysia. Cerita buatan itu, mengandungi rakaman percakapan buatan yang dilakukan oleh individu yang langsung tiada kaitan dengan penyiasatan pembunuhan tersebut.

3. Tujuan pembuatan cerita buatan itu, semata-mata untuk menambah berat dakwaan kepada DS Najib Razak di mata masyarakat antarabangsa, atas sebab Al Jazeera merupakan media antarabangsa.

4. Bagi mereka yang kurang tahu atau baru mengetahui berkaitan pembunuhan Altantuya, setidak-tidaknya akan berprasangka buruk terhadap Perdana Menteri.

5. Segmen 101 Al Jazeera, menggambarkan, adanya "cover up" pembunuhan tersebut, dan membuat komentar bahawa dua anggota polis yang dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Malaysia, merupakan individu yang dijadikan kambing hitam, kerana menurut komentari segemen itu, pembunuh atau yang mengarah membunuh sebenarnya sedang bebas. Berasaskan kepada komentar segmen itu, sebenarnya DS Najib merupakan "dalang" dibelakang pembunuhan itu.

6. Segmen 101 Al Jazeera, bukan sahaja mahu menimbulkan polimek baru, akan tetapi secara terang-terangan menghina dan memperendahkan mahkamah Malaysia, memperlekeh kemampuan polis menyiasat dan juga pihak peguam negara, kerana membuat keputusan yang salah, atas sebab menghukum orang yang tidak bersalah kepada bersalah.

7. Apa yang tidak disiarkan oleh segmen 101 Al Jazeera itu, bahawa perbicaraan pembunuhan Altanuya mengambil masa yang sangat panjang, baik di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan mahpun Mahkamah Persekutuan. Juga, faktor yang gagal dikemukakan oleh segmen 101, adalah faktor keterangan dan kesaksian dua anggota polis yang dituduh membunuh.

8. DS Najib sendiri pada Ahad di Pekan, Pahang, bahawa segmen 101 Al Jazeera itu memang berniat memalitkan beliau dengan pembunuhan warga Mongolia tersebut.

SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. Sejak 2014 lagi Tun M dah suarakan agar Najib meletak jwt... tak ada yang rahsia, tiada konspirasi...kenapa heboh dlm sehari dua sejak Zahid Hamidi pegang TPM? apakah sebelum ni tiada org perasan??... tak ada yang pelik, kecuali yang masih merasakan umno akan menang besar dlm PRU14... tapi hakikatnya, bersedialah dgn kejatuhan yang hebat!!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top