Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#Merah169 : Kebangkitan Bangsa Melayu - Bangsa Bermaruah!!!


Menjelang 16 September 2015, elok kiranya kita mengimbas kembali titipan sejarah kebangkitan Melayu di tanah air yang tercinta ini. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Melayu akan bangkit apabila tertindas dan dibakar semangat nasionalis mereka.

Kesan penjajahan yang paling ketara ialah kesedaran kebangsaan (nasionalisme) Melayu yang meluap-luap. Persatuan-persatuan Melayu mula ditubuhkan bagi menyatupadukan orang-orang Melayu. Pada tahun 1926, Muhammad Eunos Abdullah telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). 

Idea ini merebak ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang antara tahun 1929 hingga tahun 1938 dengan tujuan untuk “menyatukan suara orang Melayu”.

Muncullah tokoh-tokoh sastera dan pejuang politik Melayu yang awal seperti Syed Sheikh al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Za’ba yang giat menulis dan memberikan ceramah untuk menyedarkan orang Melayu tentang kedudukan bahasa, ekonomi dan politik Melayu. 

Mereka terlibat dalam penerbitan pelbagai akhbar dan risalah seperti al-Imam, al-Ikhwan, Warta Malaya, Utusan Melayu, Putera, Majlis, Pengasoh, Suadara, Utusan Zaman dan Mastika (1906 – 41). Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu Pertama pada bulan Ogos 1939 di Kuala Lumpur.


Sebahagian daripada orang Cina pula ketika itu terpengaruh dengan ideologi Parti Kuomintang di China (1911) dan kemudian menyertai Parti Komunis Malaya pada tahun 1930-an. Orang-orang India pula terpengaruh dengan perkembangan politik di India melalui pertubuhan Central Indian Association of Malaya yang dipimpin oleh Dr. AM Soosay pada tahun 1937.

Kesedaran orang Melayu bahawa penjajah Barat dapat dikalahkan semakin kuat apabila Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1941 – 45. Jepun turut meniupkan idea “kebangkitan Asia” kepada orang Melayu. Namun apabila Jepun berundur, komunis Bintang Tiga (asalnya MPAJA –The Malayan People’s Anti-Japanese Army) telah menguasai Tanah Melayu selama dua minggu (14 – 30 Ogos 1945). 

Oleh kerana orang Cina begitu tertindas oleh Jepun dan kebetulan terdapat beberapa kerat anak muda Melayu yang bekerja dengan Jepun (menjadi polis kempetai Jepun untuk mengintip kegiatan penentangan orang Cina ke atas pendudukan Jepun di Tanah Melayu), maka Bintang Tiga bermaharajalela dan bertindak membalas dendam dengan membunuh beratus-ratus orang Melayu dan membakar kampung-kampung Melayu.

Orang Melayu terkejut dengan peristiwa tersebut. Mereka yang bangkit menentang kezaliman dan penganiayaan Bintang Tiga itu antaranya ialah Kiyai Salleh (yang digelar Panglima Selempang Merah) dan anak-anak buahnya di Batu Pahat. Keadaan getir ini berakhir apabila tentera Inggeris mendarat semula di Tanah Melayu pada awal bulan September 1945.

Kehadiran semula Inggeris membawa gagasan Malayan Union adalah untuk mengekalkan kuasa imperialis Barat. Sir Harold MacMicheal telah mengugut Raja-raja Melayu supaya menyetujui rancangan tersebut. Orang Melayu mula menyedari bahawa tujuan Malayan Union adalah semata-mata untuk:

1. Menghapuskan kuasa politik Raja-raja Melayu;
2. Menghadkan kuasa raja hanya kepada soal-soal adat istiadat dan upacara keagamaan;
3. Melantik Gabenor Inggeris sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pusat (bagi agama Islam); 
4. Memberi hak dan taraf kewarganegaraan yang sama rat tanpa mengira bangsa dan asal keturunan; 
5. Supaya Inggeris berkuasa penuh mentadbirkan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.

Pada saat kritikal itulah orang Melayu bangkit menentang rancangan jahat Malayan Union dengan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau menganjurkan tunjuk-tunjuk perasaan (demonstrasi) yang bermula di Kelantan pada 15 Disember 1945 (10,000 orang), di Alor Setar pada bulan Januari 1946 (50,000 orang) dan di Johor Bharu pada bulan Februari 1946 (15,000 orang).

Pada 29 dan 30 Mac 1946, satu persidangan khas yang dinamakan Kengres Melayu se-Malaya telah diadakan di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Kongres itu telah dihadiri oleh 107 orang perwakilan dan 56 orang pemerhati yang mewakili 41 pertubuhan Melayu dari Seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Kongres itu telah bersetuju menggesa Raja-raja dan seluruh orang Melayu memulaukan peristiharan Malayan Union dan uapaca perlantikan Gabenor. 

Walaupun perisytiharan Malayan Union diteruskan oleh Inggeris pada 1 April 1946 dengan Edward Gent selaku Gabenor yang pertama, namun orang Melayu tetap menolaknya dengan cara berkabung selama tujuh hari tujuh malam.

Pada 11 Mei 1946, sebuah parti politik yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO telah ditubuhkan dan Dato’ Onn Jaafar dipilih sebagai presidennya yang pertama. Perjuangan menentang Malaysan Union digerakkan dengan cara yang lebih tersusun. Akibatnya, Inggeris terpaksa akur dan menggubal satu perlembagaan baru yang dinamakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 dengan mengembalikan semula kedaulatan Raja-raja Melayu, pemberian taraf kewarganegaraan yang diperketatkan dan pemberian hak istimewa kepada orang Melayu.

Bagaimanapun, sikap UMNO yang lebih banyak berkompromi dengan Inggeris itu mendapat tentangan daripada golongan kiri. Tiga pertubuhan politik Melayu telah menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan orang-orang bukan Melayu pula menubuhkan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) bagi memperjuangkan kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.

Pada 14 Mac 1948, dalam Persidangan MATA, sebuah “Parti Orang-Orang Islam Malaya” yang dikenali dengan nama Hizbul Muslimin telah ditubuhkan. Nama Hizbul Muslimin telah dicadangkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir (yang kemudian dipilih sebagai Ketua Umum yang pertama), mengambil semangat penubuhannya daripada Parti Masjumi di Indonesia dan Ikhwan Muslimin di Timur Tengah. Hizbul Muslimin ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan tanahair berasaskan Islam. 

Dasar parti ini adalah atas “Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, menciptakan masyarakat berdasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu Darul-Islam”. Bagaimanapun, gerakan Hisbul Muslimin lumpuh apabila Ustaz Abu Bakar al-Baqir ditangkap dan dipenjarakan oleh Inggeris kerana dianggap berbahaya.

Pada tahun 1948 juga bermulanyapenentangan Parti Komunis Malaysa (PKM) yang diketuai oleh Chin Peng melalui pemberontakan bersenjata bagi menggulingkan kerajaan baru tajaan Inggeris itu. Darurat diisytiharkan oleh Inggeris dan PKM diharamkan. Sebanyak 13 batalion askar British, Gurkha dan Melayu telah dikerahkan untuk menyerang gerila-gerila komunis dan mengawal kawasan penempatan dan ladang-ladang. Lebih 10,000 orang anggota komunis telah berjaya dibunuh.

Rancangan Briggs kemudian dilaksanakan bagi membuka kampung-kampng baru untuk membendung pengaruh komunis. MCA (Malayan Chinese Association) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949 sebagai alternatif kepada PKM dengan Tan Cheng Lock sebagai presidennya yang pertama. Kempen keahlian MCA dengan slogan mewujudkan keharmonian dan melindungi kepentingan kaum Cina dijalankan dengan berkesan. Kesannya, pengaruh komunis semakin lemah.

Pada tahun 1951, sekumpulan ulama yang tidak setuju dengan dasar kebangsaan yang diperjuangkan oleh UMNO telah menubuhkan PAS (Parti Islam se-Tanah Melayu), sebagai kesinambungan misi Hizbul Muslimin yang telah diharamkan. PAS memperjuangkan kemerdekaan dan pemerintahan secara Islam dengan Ustaz Haji Ahmad Fuad selaku Yang Di Pertuanya yang pertama. Pada tahun 1956, PAS dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Zulkifli Muhammad yang berjaya mengukuhkan organisasi parti Islam itu.

Tuntutan kemerdekaan adalah sebahagian daripada usaha mengembalikan martabat dan maruah Melayu sebagai sebuah bangsa yang berdaulat. Kemerdekaan diharapkan dapat melonjakkan semula kedudukan orang Melayu melalui kuasa politik, penguasaan ekonomi dan pengukuhan jati diri melalui pendidikan dan pembangunan sosio-budaya bangsa.


Kemerdekaan 1957

Nasib politik Melayu berubah apabila Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 melalui cara perundingan dengan kerajaan British. Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC pimpinan Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Dr. Ismail Abdul Rahman telah memainkan peranan utama dalam proses tersebut.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Sir Gerald Templer telah bersetuju diadakan pilihanraya kerajaan tempatan pada thaun 1955. Seramai 1.6 juta orang telah diperakukan layak untuk mengundi, iaitu Melayu 84%, Cina 11% dan India 5%. Daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 daripadanya adlaah kawasan majoriti Melayu. 

Bagaimanapun UMNO telah bertolak-ansur dengan memberikan 17 kerusi kepada orang Cina dan India. Perikatan telah memenangi sebanyak 51 kerusi, manakala PAS telah memenangi satu kerusi.

Kompromi bagi mencapai kemerdekaan telah ditunjukkan melalui persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu. Orang bukan Melayu diberikan hak mendapat taraf kewarganegaraan secara automatik mengikut “prinsip Jus Soli” (faktor kelahiran dan peremastautinan), manakala orang Melayu diberikan Hak Istimewa Orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedudukan Raja-raja Melayu terjamin di sisi Perlembangaan dan bahasa Melayu didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan, sebagai “conpensation” (timbang-terima).

Setahun selepas merdeka, seramai 800,000 orang bukan Melayu, kebanyakannya orang Cina, telah diterma sebagai warganegara. Pada thaun 1968, lebih sejuta lagi orang bukan Melayu telah diterima sebagai warganegara. Sesungguhnya tolak-ansur orang Melayu ini memerlukan penghargaan daripada orang bukan Melayu dan mereka dituntut memberikan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada negara ini.

Perjuangan orang Melayu selepas kemerdekaan bertukar corak. Setelah sekian lama berjuang menentang penjajah, peranan orang Melayu berubah menjadi pemerintah yang bertanggungjawab membangunkan negara pada zaman moden yang serba kompleks, pengalaman yang tidak ada pada generasi baru ketika itu. Rancangan Malaya Pertama dan Kedua dilaksanakan selama 10 tahun untuk membangunkan ekonomi negara.


Esok 16 September 2015, adakah kebangkitan Melayu akan terencana semula menitipkan sejarah baru di bumi merdeka Malaysia?



Share this article

2 Komen:

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    BalasPadam
  2. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top