Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SANDIWARA : Bekas Ketua Polis Negara Buat Kenyataan Kes Altantuya


Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini telah memanggil media untuk membuat kenyataan mengenai isu yang kembali panas iaitu kematian model Mongolia, Altantuya Sharibu.

Berikut antara intipati sidang media tersebut :
Tujuan PC ini diadakan bukan atas sebab menyokong sesiapa tetapi saya membuat PC ni atas nama NGO MCCC kerana saya melihat banyak kenyataan dan perkara yang bukan fakta sebenar sedang dimainkan sekarang.
Saya terpanggil untuk memberi penerangan namun bukanlah saya yang menyiasat kes ini. Siasatan kes ini bermula daripada laporan kehilangan Altantuya dan saya diberitahu siasatan ini dijalankan atas kes kehilangan orang.

Saya dapati sebelum dia menghilangkan diri , dia telah membuat laporan polis dan laporan itu menyebut dia diugut oleh seseorang yang berkaitan dengan rakan lelaki dan jika apa-apa berlaku inilah yang akan bertanggungjawab.



Siasatan juga mendapati dia telah dibunuh di Bukit Cerakah dan daripada maklumat yang didapati 2 daripada pegawai polis terbabit dalam kejadian tersebut.
Siasatan berjalan dan akhirnya telah mendapat tahu mangsa telah dibunuh, badan diikat dan mereka yang terbabit disabitkan kesalahan dalam mahkamah.
Bagaimanapun, kenyataan yang bukan fakta yang sedang berlegar sekarang adalah cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin tetapi tidak memberi fakta yang sah bagaimana ia terlibat.

Saya menyeru sesiapa yang ada maklumat dan petunjuk baru boleh membuat laporan polis dan siasatan kes ini boleh dibuka semula jika ada penemuan baru.
- FB Merdeka Online 

Bekas Ketua Polis Negara itu sekali lagi menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Musa berkata beliau memberitahu perdana menteri sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi tentang hasrat polis menahan Abdul Razak Baginda, yang dikatakan rapat dengan Najib, susulan kes itu.

“Pak Lah (Abdullah) beritahu saya untuk beritahu Najib (ketika itu timbalan perdana menteri) dan saya beritahu dia tidak perlu buat begitu.

Bagaimanapun, setelah ditegaskan Abdullah, Musa bertemu Najib dan memberitahunya perkara itu.

Musa berkata, ketika diberitahu perkara itu, Najib menjawab “Buat kerja kamu”.

Razak Baginda pada mulanya dituduh bersubahat membunuh warganegara Mongolia itu pada 2006 tetapi dibebaskan kemudiannya.

Dua bekas anggota elit polis Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati.

Sementara itu, Musa berkata beliau tampil menjelaskan perkara itu susulan “dakwaan tidak berasas” dalam isu itu.

Beliau merujuk dokumentari kontroversi Al Jazeera bertajuk “Pembunuhan di Malaysia”.
Share this article

1 Komen:

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top