Nuffnang

GEMPAR!!! Imam Masjid Negara Kena Lempang Warga Arab!!! (VIDEO DAN GAMBAR)


Ya Allah....Apakah yang sebenarnya berlaku. Diberitakan solat Jumaat di Masjid Negara hari ini terpaksa dibatalkan gara-gara Imam yang mengimami solat jumaat telah ditampar oleh seorang warga arab di rakaat pertama. 

Akibat tindakan lelaki warga arab tersebut, Imam tersebut telah membatalkan solat jumaat dan hanya memulakan semula solat jumaat setelah lelaki tersebut ditahan pihak polis.




Kurang Ajar dan Biadap!!!




Berita penuh akan menyusul...

Berikut adalah video kenyataan Imam Masjid Negara susulan kejadian tersebut :






KEMASKINI :

Kuala Lumpur: Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.

Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama.

Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud 'Malaysia syaitan'.

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top