Nuffnang

WOW!!! Gadis Cantik Diupah Untuk "Ceriakan" Kakitangan Lelaki


Kreatif atau tidak tetapi itulah yang dilakukan oleh sebuah syarikat bagi "membangkitkan" semangat pekerja dan kakitangan lelakinya di tempat kerja.

SEBUAH syarikat teknologi di China telah mencetuskan kontroversi di media sosial selepas mengupah gadis-gadis cantik dan berbakat untuk menaikkan semangat kakitangan lelaki di syarikat berkenaan menerusi program `cheerleader’.

Gadis-gadis tersebut diupah untuk menjadikan persekitaran kerja lebih menarik bagi syarikat internet itu di seluruh negara.

Tugas mereka termasuk membelikan sarapan kepada kakitangan lelaki, bersembang dan bermain ping pong.

Menurut pengurus sumber manusia syarikat terbabit, setakat ini syarikat berkenaan telah mengupah tiga `cheerleader’ untuk memberikan semangat kepada kakitangan lelaki yang kebanyakannya adalah `programmer’ dan tidak pandai bersosial.

Namun reaksi dalam media sosial tidak positif sebaliknya ramai yang mempersoalkan langkah berkenaan.

“Bagaimana pula dengan kakitangan wanita? Adakah mereka akan mendapat `cheerleader’ lelaki pula?

“Nampaknya kakitangan wanita di situ bekerja dengan lebih baik daripada lelaki kerana mereka tidak memerlukan cheerleader untuk menaikkan semangat mereka. Ini adalah sesuatu yang mengarut,’’ itu antara komen yang diterima oleh syarikat berkenaan dalam media sosial.

Tidak diketahui syarikat mana yang melaksanakan program terbabit dan berapa ramai yang telah mengupah cheerleader terbabit. – MYNEWSHUB.CC
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top