
SPRM : Jangan Spekulasi, Siasatan Tidak Pernah Dihentikan!!!

Macam-macam versi sekarang ini di media sosial isu siasatan SPRM khususnya berkaitan dana RM2.6 bilion sehinggakan kita pun keliru yang mana satu pendirian SPRM yang betul.
Merujuk kepada kenyataan beberapa pihak berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed atau SPRM sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion telah ditutup.
Sebagaimana pernah disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015 dan 5 Ogos 2015, SPRM mengulangi bahawa SPRM hanya ada menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana
1MDB.
Sehubungan itu, SPRM menekankan, siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan.
SPRM berharap tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan membina persepsi negatif terhadap SPRM.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 OGOS 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

penjaja belon bertindak agresif tolak anggota peng...

gempa myanmar 694 maut 1 670 cedera 68 hilang

hiburan dah set dah berapa fattah amin sediakan du...

nak bantu pun sanusi marah akai tak dak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....