Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Bersih 4 : Mat Sabu Tersasul, Malukan Diri Sendiri


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), Mohamad Sabu tersasul ketika berucap di hadapan peserta perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu 'terlupa' beliau bukan lagi tokoh pemimpin yang mewakili parti PAS.

"Saya mewakili rakan-rakan dalam PAS...eh tersasul.. rakan-rakan dalam Harapan Baharu, mengajak semua menaruh harapan untuk mengubah Malaysia," kata Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu.

Himpunan pada Sabtu merupakan himpunan anjuran Bersih yang pertama tanpa kehadiran PAS dan sayap keselamatannya yang dikenali sebagai Unit Amal.

PAS dalam satu kenyataan media semalam bagaimanapun menyatakan pendirian tetap menyokong penganjuran himpunan yang telah diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa Kuala Lumpur.



Sebelum ini, pihak penganjur Bersih 4 menyatakan perhimpunan tersebut tidak berunsur politik namun beberapa pemimpin politik telah memberi ucapan termasuk presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli GHB Dr Mohd Hatta Ramli, dan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.







Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top