Nuffnang

DERMA RM2.6 B : Kelompongan Perundangan VS Kerakusan Politik (Wajib Baca)


Apa yang salah perlu diperbetulkan. Mereka yang melanggar undang-undang patut dihukum sepenuhnya mengikut undang-undang. 

Jika rangka perundangan Malaysia tidak mampu membawa tertuduh ke muka pengadilan, maka undang-undang baru perlu diperkenalkan agar ada penjelasan terhadap apa yang salah dan apa yang tidak.

Tanpa asas yang kukuh, kita hanya bercakap kosong ketika mengulas isu-isu berlandaskan moral dan etika yang diolah untuk kepentingan diri sendiri yang sentiasa diguna pakai oleh masyarakat Malaysia.

Pembiayaan politik sentiasa diiktiraf sebagai saluran bagi rasuah untuk berkembang maju. Politik wang adalah punca utama rasuah semakin berleluasa di negara kita dan tersebar ke setiap pelapis masyarakat.

Malangnya di Malaysia, walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh pelbagai agensi bebas terutamannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perjuangan menentang rasuah menjadi semakin sukar. Kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah kombinasi yang melemahkan kepimpinan dan pengurusan negara.

Pengumuman baru-baru ini tentang penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji peraturan dana politik telah menarik minat pelbagai pihak – ada yang menyokong dan ada yang disambut dengan penuh keraguan.

Ia telah menjadi isu apabila sejumlah besar dana telah diberi sebagai “derma” ke akaun peribadi seorang pemimpin parti sebelum pilihan raya umum 2013.

Tetapi, kita juga harus memberi perhatian kepada kewujudan undang-undang berkenaan pembiayaan tersebut.

Persoalannya adalah jika entiti politik ini telah dilanggar undang-undang dalam meminta dan menerima “sumbangan” dari pihak ketiga. Majlis Peguam berpendapat bahawa “sumbangan” boleh diklasifikasikan sebagai “suapan” dan dengan itu boleh didakwa di bawah Akta SPRM 2009.

Pendirian ini hanyalah pendapat undang-undang semata mata. Terdapat keraguan di sini mengenai apa yang dianggap sebagai “suapan” dan apa yang tidak. Ini diburukkan lagi jika terbukti bahawa tertuduh telah menggunakan dana tersebut untuk tujuan yang lebih besar dan bukan untuk faedah peribadi.

Tanpa ketelusan, kita tidak boleh mengelak dari merasa curiga terhadap asal-usul wang yang masuk ke dalam arena politik. Kita tidak pasti sama ada hasil tersebut adalah haram atau datang dari aktiviti yang haram.

Identiti penderma dan negara asal dana tersebut masih lagi menjadi tanda tanya. Sejauh manakah pengaruh penderma yang tidak bernama ini terhadap politik negara juga menambah kerisauan masyarakat.

Pada masa ini, tiada rangka kerja undang-undang ke atas pendedahan kewangan politik tersebut. Ini adalah fakta. Ia membolehkan aliran masuk dipersoalkan dan telah mengejutkan semua dengan jumlah wang yang terlibat.

Tiba-tiba ada kisah konspirasi dan tuduhan yang menjatuhkan pemimpin yang dipilih, sehinggakan kita terlupa apakah punca kepada masalah ini.

Secara kolektif kita hanya mempunyai diri sendiri untuk dipersalahkan kerana tidak ada undang-undang berkenaan sumbangan politik, maka bagaimana boleh yang tertuduh dikatakan bersalah melanggar undang-undang?

Etika, moral dan urus tadbir yang baik harus disertakan dalam rangka kerja undang-undang. Inisiatif pembaharuan pembiayaan telah disokong oleh orang ramai. Badan Ketelusan Antarabangsa Malaysia juga menyokong langkah itu dengan mengulas “lebih baik lewat daripada tiada.”

Pihak pembangkang seperti biasa berpecah-belah dalam isu ini. Walau bagaimanapun, parti komponen pembangkang telah mengulas bahawa isu ini akan dibincang sebelum pendirian mereka diumumkan.

Kita sedia maklum bahawa pembiayaan politik akan membuka ruang kepada aktiviti rasuah bagi kedua-dua belah pihak politik. Apa yang akan berlaku kepada ketelusan dan urus tadbir yang baik?

Ini adalah peluang untuk menyediakan rangka kerja perundangan yang lebih telus sebelum pilihan raya umum akan datang. Majlis Peguam berpendapat bahawa inisiatif ini akan mengalih perhatian daripada tumpuan semasa mengenai isu RM2.6 bilion.

Adakah minda kita begitu tertutup sehingga kami tidak mampu memberi tumpuan kepada lebih daripada satu isu pada satu masa?

Kita harus memberi perhatian bahawa Majlis Peguam yang kini sedang melaksanakan inisiatif untuk membantu menjadikan SPRM lebih berdikari. Ini adalah langkah yang sangat dipuji.

Tidak kira jika penyiasat bebas yang digunakan, kerana hak untuk mendakwa hanya jatuh kepada Peguam Negara.

Sesungguhnya kita sebagai rakyat, boleh berfikir. Jika kerajaan begitu bersungguh dalam mengalihkan tumpuan daripada isu-isu semasa dengan melibatkan isu-isu sampingan sebagai tabir seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, pasti ia boleh merangka “gangguan” lain yang lebih menarik perhatian. Kita tidak harus berfikiran cetek.

Isu RM2.6 bilion harus diselesaikan tanpa mengira apa masalah yang bakal dihadapi. Tetapi pada masa yang sama, kita haruslah melihat ke hadapan.

Inisiatif pembaharuan perlu dipertimbangkan mengikut kemampuan sendiri. Ia perlu diberi bernilai sewajarnya dan pengiktirafan melihatkan tahun 2018 semakin hampir.

Rasuah politik tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia adalah akibat daripada tingkah laku yang harus dipersoalkan dari ahli-ahli politik yang korup. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk penggubal undang-undang menetapkan rangka kerja perundangan untuk sumbangan politik.

Langkah ini mesti diteruskan dengan atau tanpa penyertaan daripada pelbagai pihak tanpa mengira persepsi mereka terhadap isu tersebut.

Mereka hanya mampu menyalahkan diri mereka sendiri jika undang-undang yang direka tidak mempunyai input mereka dan harus senyap jika mereka tidak mahu memberi pendapat.

Kita mesti berupaya untuk membendung politik wang.

- Walter Sandosam
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top