Nuffnang

CARI PASAL!!! 16 Mahasewel Ditahan Demo Depan Parlimen



Apalah perasaan mak ayah dan keluarga mahasiswa ni apabila mendapat khabar yang anak-anak mereka ditahan polis kerana berdemo.


Polis menahan 16 orang pelajar -13 lelaki dan tiga wanita - yang berkampung di luar perkarangan Parlimen dan membawa mereka ke balai polis Jinjang.



Tidak lama selepas mereka itu pada kira-kira jam 10.30 malam, seorang lagi aktivis pelajar ditangkap kerana mengambil gambar barangan yang dirampas.

Beberapa pegawai polis cuba menghalang wartawan daripada merakam gambar semasa tangkapan yang kedua.

Sebelum itu, sekumpulan 30 anggota polis yang memakai jaket polis meminta pelajar-pelajar yang berkhemah di situ sejak semalam supaya beredar dari situ.

Mereka telah meminta sekumpulan kira-kira 20 pelajar supaya meninggalkan tempat itu atau ditahan.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata mereka telah memberi pelajar tersebut lebih 24 jam untuk berkhemah di situ dan apa yang dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.

Katanya, memaksa seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram.

Bagaimanapun, jurucakap pelajar berkenaan, Khairul Najib berkata mereka tidak akan berganjak dari situ. -MK
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top