Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SEDIH : Dihina Keluarga Kerana Menjual Nasi Lemak, Akhirnya.....


Kisah ini dipetik dari facebook, si kakak bermegah dengan pekerjaannya sebagai penjawat awam dan memandang rendah kepada adiknya yang menjual nasi lemak di tepi jalan.

BACA KISAHNYA:

Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah RM2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancong memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy… Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income RM200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak… tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa.

Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.

Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu

Moralnya jangan pandang rendah dengan pekerjaan orang lain, boleh jadi rezeki yang halal mereka itu lebih berkat daripada gaji kita. Rezeki yang diberkati sentiasa cukup walaupun nampak tak seberapa..

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top