Nuffnang

PANASSS!!! Beranikah Penderhaka Sahut Cabaran Hj Hadi?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata anggota parlimen dan ADUN PAS yang bertindak menyertai parti lain perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata tindakan tersebut perlu kerana mereka telah berbaiah semana menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut Hadi berkata kini terpulang kepada maruah pemimpin itu untuk mengosongkan kerusi masing-masing seperti yang dijanjikan.

"Mengikut perlembagaan parti, keahlian mereka gugur secara automatik jika mereka menyertai parti lain.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka maklum dan mengetahui mengenai baiah yang dibuat. Sepatutnya kena kosongkan kerusi jika sudah menyertai parti lain," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Beliau mengulas beberapa pemimpin dan ahli PAS yang terlibat menubuhkan parti Islam baru yang dijangka diumumkan pada 31 Ogos depan. Dilaporkan parti Islam itu dikenali Parti Amanah Rakyat.

Dalam laporan itu juga, Hadi berkata PAS masih lagi menjadi parti yang kuat dan terus mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kumpulan profesional.

Laporan itu menyebut, Hadi berkata PAS menerima 9,000 permohonan keahlian baru tetapi buat masa ini sebanyak 6,000 yang mampu diproses dan PAS boleh bangkit menjadi parti Islam yang kukuh seterysnya mendapat sokongan dari dalam dan luar negara.

"Kita pernah menghadapi cabaran yang lebih besar, daripada ini oleh itu kita perlu sentiasa istiqamah dan yakin bahawa Islam adalah penyelesai masalah dan penyelamat," katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top