SHAH ALAM 14 Nov.- Kerajaan Selangor memulangkan semula kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.
Pemulangan kitab tersebut di buat di Istana Alam Shah, Klang.
Pemulangan bible tersebut dibuat oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Adzib Mohd. Isa kepada Pengerusi Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon.
Penyerahan itu disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Perkara ini dihebahkan oleh Menteri Besar , Mohamed Azmin Ali dalam laman twitternya hari ini.
Penyerahan Bible ini membuktikan bahawa Islam adalah agama yang penuh kemuliaan dan toleransi. Semoga ia menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dan menjaga kesucian agama lain dalam segala aspek perbuatan.
Allahu Akhbar....Allahu Akbar..... Allahu Akbar
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....