Empat orang kanak-kanak, berusia antara 2 hingga 7 tahun telah dijumpai berlegar tanpa arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.
Menurut laporan polis , mereka dijumpai bersama dengan wang tunai RM70, dua pasang payung dan sebuah bag yang mana mengikut laporan tersebut juga, kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.
Polis dikatakan sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes tersebut kepada jabatan kebajikan untuk diselesaikan.
Berikut adalah senarai nama empat orang kanak-kanak tersebut, yang juga adik beradik:
Menai (7 tahun)
Iyen (7 tahun)
Echa (4 tahun)
Olivia (2 tahun)
Menurut laporan polis itu juga, ada tertulis bahawa kanak-kanak tersebut telah dihalau dari rumah ibu mereka.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....