Semenjak kebelakangan ini ramai rakan-rakan di facebook membuat aduan melihat posting lucah di wall dan yang melakukannya adalah rakan-rakan di facebook sendiri. Awas! Ini adalah satu virus yang semakin merebak secara meluas.
Virus ini adalah sejenis virus lucah yang secara automatik diposkan ke “wall facebook” anda oleh rakan anda yang telah tertipu dengan virus ini. Sesiapa sahaja yang mengklik link pada virus yang di poskan di wall secara automatik akan melakukan perkara sama kepada rakan yang lain.
Sebagai contoh. Jika Si A pernah mengklik link virus itu kemungkinan besar Si A akan mengeposkan link lucah yang sama kepada rakannya yang lain tanpa Si A sedari. Ini adalah secara automatik.
Rakan-rakan yang lain akan melihat seolah-olah Si A yang melakukan perkara itu padahal itu adalah satu virus yang aktif secara automatik selepas Si A mengklik link virus itu tadi.
Virus ini disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kemungkinan besar adalah dari hacker yang jahat.
Langkah keselamatan untuk mengelakkan virus:
Terus memadamkan posting di wall anda jika ada rakan yang mengeposkan posting lucah.
Elakkan mengklik sebarang link lucah di facebook timeline.
Jika ada rakan menghantar sebarang link berbahasa inggeris di ruangan chatting sila padam dan jangan sesekali klik link itu.
Langkah-langkah ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu dengan virus ini. Awas! Jika anda tersilap mengklik link itu kemungkinan besar orang lain akan menyangka anda yang melakukan perkara itu walhal itu adalah virus. Berhati-hati kerana hacker semakin berani.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....