Beberapa hari ini terdapat beberapa artikel dan posting yang nampaknya dengan sengaja cuba memburukkan imej dan kredibiliti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Print screen di atas menunjukkan akaun Facebook Balqis Sheikh yang membuat kenyataan dan tuduhan melulu tanpa sebarang bukti yang meyakinkan.
Melihat kepada perkembangan ini, penulis terpanggil untuk memberi beberapa pandangan.
Untuk makluman Balqis dan pengkritik-pengkritik yang lain, idea untuk menukarkan baju rasmi Team Malaysia telah lama difikirkan memandangkan ia telah digunapakai semenjak 10 tahun yang lalu.
Kalau kita pakai kereta pun, pasti dalam tempoh 10 tahun ini telah beberapa kali kita menukar kereta atau paling tidak telah mengecat baru kereta tersebut.
Maka bagi menyatakan sokongan dan membangkitkan semangat para atlet dan wira sukan negara, adalah wajar KBS melalui MSN melancarkan baju Team Malaysia yang baru dengan "Belang Harimau" dijadikan sebagai teras kepada baju yang dinamakan sebagai "Malaysian Heroes" itu.
Sudah semestinya imej pasukan dan atlet negara akan lebih garang, dinamik dan menarik dengan penampilan baru ini.
Penulis 100 peratus tidak percaya dengan tuduhan jahat ini memandangkan KBS sebagai sebuah agensi kerajaan pastinya telah membuat kajian serta perbandingan yang sewajarnya tanpa membelakangkan kepentingan rakyat.
Pastinya kos sebenar yang dibayar oleh KBS/ MSN telah mengambilkira kos-kos lain seperti profesional fee dan printing.
Kepada Balqis Sheikh, sila sertakan bukti dan dokumen bagi menyokong tuduhan anda dan janganlah suka menabur fitnah hanya kerana hendak menjatuhkan seseorang.
Bagi mereka yang memahami dunia art fashion and design, pastinya pemilihan Melinda Looi tidak menjadi isu besar berdasarkan prestij dan imej yang telah ada pada setiap rekaan beliau.
Nama Melinda Looi sebenarnya bukan asing lagi dalam dunia rekaan fesyen. Pencapaian-pencapaian beliau juga membanggakan bagi anak Malaysia yang terlibat dalam perekaan fashion ini.
Maklumat lanjut mengenai Melinda Looi KLIK SINI.
Jadi, kepada pengkritik-pengkritik di luar sana, tidak salah untuk menegur akan tetapi kritiklah secara membina demi pembangunan sukan negara.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....