Nuffnang

PELUK!!!! NABIL MENGGIGIL ADEGAN ROMANTIK DENGAN LISA SURIHANI



Korang semua nak tahu tak yang Astro First Eksklusif bakal membawakan sebuah filem televisyen yang berjudul Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.



Paling best adalah barisan pelakonnya iaitu pelawak Nabil Ahmad dan Lisa Surihani.. Miss A dapat tahu dalam filem ni ada babak-babak romantik.., jarang rasanya kita nampak Nabil berlakon watak romantik..

“Susah sangat bawa watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani. Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu dan malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan,” ujar Nabil kepada media..

Hmm.. selalu time ni la nak dapat peluang peluk-peluk.. Tapi si Nabil ni sampai menggigil pulak bila dapat peluang.. Miss A pasti ramai lelaki yang beratur nak ambik peluang peluk Lisa..hehe

Sebenarnya dah banyak tawaran berlakon yang si Nabil ni tolak.., dia sebenarnya menerima tawaran ni sebab ini adalah peluang untuk dia bercuti.., itu yang untungnya menjadi artis.. Sambil menyelam minum air.. Betul tak?

Apapun, Miss A rasa mesti best cerita ni.., yelar selalu kita dok tengok si Nabil ni belakon filem-filem bergenre komedi je, kali ni berlakon romantik pulak.. Macam mana agaknya lakonan Nabil kan? 

- Miss A/UtaraNews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top