Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

WOW!!!! Azmin Dah Cipta Rekod Baru Di Selangor!!



Wow..... Hebat Azmin. Malaysia boleh mencatat satu lagi sejarah melalui PKR. Di Selangor, Azmin merupakan satu-satunya MB yang boleh bekerja sambil membaca keseluruhan sms yang dihantar oleh pengadu di seluruh negeri berkenaan masalah sampah.


Katanya dalam sehari dia menerima hampir 1000 aduan melalui sms sahaja. Lebih menakjubkan, dia mengharapkan lebih banyak sms aduan mengenai sampah selepas ini. Penulis tabik, memang banyak masa Azmin terluang untuk meneliti setiap sms yang dikirim kepadanya, itu belum lagi nak rekod kawasan dan jumlah sampah yang dimaksudkan.

Atau sebenarnya dia main tangkap muat sahaja.. Itulah kebiasaan propaganda politik PKR yang lebih indah khabar dari rupa. Azmin boleh baca 1000 sms dalam sehari?

Dengan mesej whatsapp yang jumlahnya beratus pun kebanyakan kita terus scroll ke bawah baca bahagian yang sempat.. Inikan pula seorang MB yang terima 1000 smssehari... Memang luarbiasa komitmen Azmin Ali. (Sarawakia)


MB Selangor Terima 1,000 SMS Sehari Lapor Sampah Tidak Dikutip 

SEPANG: Menteri Besar Selangor, Azman Ali mendakwa telah menerima hampir 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh sehari selepas mempelawa penduduk negeri tersebut memaklumkan terus kepadanya mengenai masalah sampah yang tidak dikutip.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan jumlah tersebut kerana mensasarkan lebih banyak SMS sepatutnya diterima selepas membuat pelawaan berkenaan.

"Inilah sebenarnya yang rakyat mahukan dari kami...mahu sampah dikutip.

"Mereka tidak tanyakan tentang projek (tender). Mereka hanya mahukan kawasan perumahan yang bersih," katanya ketika menghadiri perhimpunan bulanan agensi-agensi kerajaan di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, Jumaat.

Pada Rabu lalu, Azmin telah memberikan nombor telefon bimbitnya menerusi laman sosial Twitter dengan berkata,"Kalau anda nampak ada sampah belum kutip, anda text saya. Ini nombor saya, 012-2052020. Saya mahu Selangor Bersih!."

Beliau menambah, kesemua SMS tersebut telah dihantar kepada pihak berkuasa tempatan mengikut kawasan masing-masing dan akan memastikan tindakan diambil secepat mungkin.

"Ini merupakan usaha berterusan dalam tempoh tiga bulan dan selepas itu kita akan berusaha memastikan kawasan perumahan menjadi bersih.

"Saya sentiasa mengharapkan lebih banyak SMS diterima selepas ini," ujar Azmin. - mstar
Share this article

2 Komen:

  1. nak sms bole ke.berkaitan rumah bapa saya di prima bukit beruntung.yang sedih sangat keadaan ye. :-(

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top