Nuffnang

VIDEO : Dalam Surau Pun Dia Berbohong!!



Kesian ada, meluat pun ada. Tapi inilah kesan ketaksuban melampau terhadap Bang Non @ KETUM sehinggakan tidak lagi mampu berfikir secara waras. Hmm..yang mak ayah di kampung mengharapkan mereka mampu membela keluarga di masa depan, tapi malangnya lain yang diharap, lain pula yang dapatnya.

Fahmi sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menganjurkan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim anjurannya di Universiti Malaya pada 27 Oktober.

Beliau muncul di USM apabila presiden Barisan Pelajar Progresif USM Lee Chung Lun merancang forum  di hadapan Kompleks Cahaya Siswa di kampus itu jam 2.30 petang tadi.

Bagaimanapun, pengarah keselamatan universiti Prof Madya Dr P Sundramoorthy  menahan Lee daripada meneruskan ucapan.

Sundramoorthy memberitahunya forum itu tidak dapat dibenarkan kerana kumpulan mahasiswa itu tidak mendapat keizinan universiti.

“Saya nasihatkan kamu bersurai. Bagi mengadakan perhimpunan seperti ini dalam kawasan kampus, kamu perlukan kebenaran. Kami mesti menjaga keselamatan semua orang, termasuk kamu,” katanya kepada Lee.

Pelajar berkenaan cuba membantah, mengatakan mereka berhak mengadakan forum itu yang bertajuk: “Kebangkutan Mahasiswa: Satu Ancaman atau Harapan”.

Sundramoorthy tetap bertegas mengarahkan mereka bersurai.

Situasi bertambah tegang apabila sekumpulan individu yang bukan pelajar USM  bersorak kepada Lee dan kumpulannya  serta Fahmi yang turut berada di situ..

Lee kemudiannya mengumumkan yang forum itu akan dipindahkan ke Kopitan Classic, tidak jauh dari pintu pagar universiti itu di Sungai Dua.

Sundramoorthy dan pegawai keselamatan kampus mengiring Lee, ahli Barisan Pelajar Progresif dan penceramah terbabit termasuk Fahmi  meninggalkan tempat itu.

Beberapa hari lalu Fahmi dan beberapa pelajar lagi ditahan oleh polis di Kota Kinabalu selepas memberikan ceramah.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu dikatakan berada di Sabah untuk menghadiri satu progrm di sebuah universiti di sana.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top