Nuffnang

WOW!!! MU'ALIM DAERAH TERBARU DI PERAK!!!



IPOH – Perak akan mewujudkan daerah baharu merangkumi kawasan Tanjung Malim dan Slim River yang dikenali sebagai Mu’alim, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Beliau berkata kepadatan penduduk yang tinggal di kawasan itu memerlukan sebuah daerah baharu diwujudkan di situ.

“Sekarang, ia (proses daerah baharu) kini di peringkat pentadbiran dan semua dokumen telah dihantar kepada kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Perak di sini hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenan nama daerah itu dan pengumuman rasmi mengenainya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Selain itu, beliau berkata Perak bercadang mewujudkan sebuah bandar golongan muda atau ‘Youth City’ yang menyediakan pelbagai infrastruktur termasuk perumahan, pendidikan, pengangkutan serta perindustrian.

Zambry berkata ia adalah untuk memberi manfaat termasuk penempatan dan peluang pekerjaan kepada golongan muda berumur lingkungan 15 hingga 40 tahun sama ada bujang atau telah berkahwin.

“Keluasan tanah dan lokasi pembinaan akan diumumkan kemudian kerana ia bergantung kepada perbincangan dengan pihak kerajaan persekutuan dari segi keluasan sebenar yang mereka perlukan bagi membina youth city ini,” katanya.

Beliau berkata perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu akan diadakan dan berharap ia dapat dilaksana berteraskan konsep Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Zambry juga berharap cadangan membina bandar itu dapat dilaksana dengan segera berpandukan perancangan yang telah digariskan di peringkat awal. – BERNAMA
Share this article

3 Komen:

  1. Tak der ke nama yang melambangkan Malaysia,asyik pilih nama Arab.Dimana pecinta Bahasa Melayu,tak kecoh ke?Kalau nama Inggeris bukan main melenting lagi,tapi nama Arab diam pulak,sebab berciri Islam.

    BalasPadam
  2. Dah nama pun islam agama rasmi malaysia. Jgn lh marah sgt.hakikat.

    BalasPadam
  3. Usaha yg bagus, smoga d contohi oleh ngeri2 lain

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top