Nuffnang

TUNGGU APA LAGI??? "KITA SEMUA ANAK ALLAH" - PENGASAS SISTERS IN ISLAM!!!



Dah terlebih melampau ni!!! Adakah kita hanya mampu melihat sahaja? Apa reaksi kita sekiranya anak-anak yang masih kecil, tiba-tiba bertanya “Ayah/Ibu, kita anak Allah ya?”

Hemat penulis merasakan, laksana halilintar menyambar gegendang telinga tatkala mendengar pertanyaan sebegitu rupa dari anak yang ditakdirkan lahir beragama Islam; agama yang benar, dan dipelihara status keislamannya melalui tatacara hidup, amalan dan juga melalui perlembagaan; cara hidup orang bertamadun.


Namun, apa yang dizahirkan melalui gambar diatas tentunya mengundang seribu satu persoalan, tidak kurang pula ada yang beremosi, apabila sebuah organisasi yang mengaku berpaksikan Islam mampu membenarkan ahli atau penyokongnya membawa mesej “We are all Allah’s children”.


Apa lagi yang perlu dikatakan, sedangkan mesej tersebut membawa maksud yang jelas menyimpang dari ajaran Islam. Penulis sendiri tertanya-tanya, bagaimana perkara paling asas seperti ini pun tidak difahami oleh Zainah Anwar, pengasas Sisters In Islam.

Penulis masih ingat, ketika di peringkat awal diajarkan tentang Islam, surah Al-Ikhlas adalah surah yang lazim dan wajib dihafal beserta makna. Penulis percaya, ramai di antara kita yang memilih untuk membaca surah ini ketika bersolat.  

" Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Al-Ikhlas (ayat 3-4)

Ini adalah hakikat tentang pengamalan Surah Al Ikhlas dalam hidup masyarakat Islam di Malaysia.

Apakah Zainah Anwar tidak memahami apa yang ditulis itu, atau sengaja ingin mengundang kontroversi dan membuktikan kepada pihak-pihak tertentu bahawa siapa sebenarnya dirinya? Almaklum, untuk bergerak dengan program-program tentunya memerlukan dana.

Kesimpulannya, perkara asas tentang Islam pun tidak mampu difahami oleh Sister In Islam, bagaimana pula mereka mahu dikenali sebagai Persaudaraan Wanita Islam?

Islam? Islam???

Maka, tindakan mengharamkan Sisters In Islam adalah sangat bertepatan dan selaras dengan tuntutan Islam. 

Dari sudut perlembagaan Malaysia pula, Perkara 11 berkaitan Kebebasan Beragama di mana Fasal 4 membolehkan setiap negeri-negeri menggunakan kuasa secara perundangan untuk menghalang sebarang doktrin yang dikira berbahaya kepada orang Islam.

Allahuakbar! ( SUMBER )

Dalam perkembangan lain, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid tidak mahu mengadakan pertemuan dengan Sisters in Islam (SIS) dalam jangkamasa terdekat.

Ini kerana pertemuan antara keduanya mungkin mengundang prejudis selepas SIS sudah mengemukakan semakan kehakiman kepada mahkamah berhubung status mereka.

"Tunggulah nanti kalau dia nak lawan di mahkamah, jika kita bertemu akan jadi prejudis," kata Tamyes kepada pemberita selepas Seminar Kanun Jenayah Syariah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Khamis.

Usul Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan pertemuan dengan SIS dilakukan oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali pada Selasa.

MAIS mulai Julai 2014 mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS kemudiannya membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkara itu.

SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden, mahu membatalkan pengisytiharan fatwa itu dan mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.

Pada Rabu, media melaporkan Mufti Selangor dijangka akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapat pandangan tentang semakan kehakiman fatwa berkaitan isu SIS.

Menurut sumber MAIS, pertemuan ini dibuat kerana pertubuhan itu telah memohon supaya semakan itu dibuat kerana diisytiharkan sesat oleh MAIS.

Katanya, perkara ini akan diselesaikan oleh Jabatan Mufti Negeri kerana fatwa tersebut adalah di bawah bidang kuasa jabatan tersebut.
Share this article

4 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top