Nuffnang

TRAUMA!!! DJ RADIO JELITA MANGSA CUBAAN SAMUN!!!



Penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar mengalami trauma selepas hampir menjadi mangsa samun bermotosikal ketika memandu keretanya untuk pergi ke tempat kerja di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kira-kira 1 petang tadi.



Menurutnya ketika dihubungi, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas ketika dia berhenti di satu persimpangan lampu isyarat

"Ketika itu saya memandu seorang diri dalam perjalanan ke Astro untuk memulakan tugas jam 3 petang.


"Namun, saya yang berada di hadapan di satu persimpangan lampu isyarat, secara tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan kemudian ternampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal cuba memecah tingkap kereta saya," katanya.

Pengacara bersama program Maharaja Lawak Mega ini berkata, penyamun berkenaan cuba memecahkan tingkap di sebelah tempat duduk pemandu berulang kali tetapi gagal sebelum bertindak melarikan diri.

"Saya tidak sempat mengambil nombor plat motosikal mereka tetapi apa yang lebih penting, saya bersyukur kerana selamat," katanya.

Katanya, dia yang pertama kali mengalami kejadian sedemikian berpesan pada orang ramai khusus pemandu wanita agar lebih berhati-hati ketika memandu seorang diri.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top