Nuffnang

#GENEXTER : KJ Bikin Panas Di Putrajaya @KBSMalaysia @KhairyKJ @RakanMudaLah



PUTRAJAYA – Golongan belia atau Generasi Y tidak seharusnya dipinggirkan daripada aktiviti atau program yang dirancang oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI).



Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua BAKTI berkata langkah melibatkan Generasi Y dalam aktiviti badan itu membolehkan badan amal berkenaan berkongsi pengalaman serta menanamkan semangat prihatin dalam kalangan belia.


“Atas kesedaran itulah BAKTI menganjurkan Forum Genexter untuk mendengar aspirasi serta apa yang ada dalam fikiran anak muda sekarang,”katanya berucap pada Majlis Perasmian Forum Genexter 2014 di sini hari ini.


Rosmah berkata forum itu juga akan menjadi platform interaksi secara bersemuka bagi mendengar pandangan dan persoalan daripada Generasi Y.


Forum Genexter diadakan bersempena dengan Karnival Genexter 2014 dengan tema ‘Memperkasa Generasi Pewaris’, anjuran BAKTI bermula hari ini hingga esok di Dataran Putrajaya, di sini.


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertindak menjadi moderator forum berkenaan.


Rosmah berkata sebagai generasi pewaris, anak-anak muda atau Generasi Y akan memastikan kelangsungan segala cita-cita, aspirasi serta pencapaian negara.


Beliau berkata dengan jumlah belia negara di bawah umur 30-an telah mencapai sembilan juta, tiada siapa pun yang boleh menafikan betapa pentingnya bagi kepimpinan negara mengambil serius akan segala idea dan permasalahan generasi itu.



Menurutnya BAKTI juga mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi wajah dan cerminan kepada masyarakat melalui kerja-kerja amal dan kebajikan merentasi kaum, agama dan budaya.


“BAKTI juga sentiasa menitikberatkan setiap golongan masyarakat yang memerlukan bantuan serta sokongan tidak kiralah warga emas, ibu tunggal, kanak-kanak mahupun Generasi Y,” katanya. – BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top