Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BAHAYA!!! Kempen "I Want To Touch A Dog" Dalam Soalan Peperiksaan??,




Acara ‘I Want To Touch A Dog’ di Bandar Utama, Petaling Jaya bulan lalu menarik lebih 800 orang dan mendapat kecaman daripada pihak berkuasa agama Islam setelah beberapa pengunjung Islam yang pergi ke acara tersebut, termasuk kanak-kanak, digambarkan menyentuh dan membelai anjing.

Namun, apa yang mengejutkan, bagaimana isu sensitif seperti ini boleh menjadi salah satu soalan dalam peperiksaan akhir tahun subjek Bahasa Inggeris Kertas 1 Tingkatan 4, di sebuah SMK di Selangor?

Apakah guru-guru Bahasa Inggeris sekolah tersebut cuba mencabar kedaulatan Islam? Apa rasionalnya membuat soalan sebegitu memandangkan majoriti pelajar di sekolah tersebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam?

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa perkara ini telah dipanjangkan ke pihak pengurusan sekolah oleh PIBG. Persoalannya, sejauh mana isu ini ditangani dan apakah tindakan yang akan atau bakal diambil ke atas penggubal soalan tersebut.


Dalam perkembangan lain yang dipetik dari MStar Online, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mengecam aktivis hak asasi manusia Marina Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai di Dewan Rakyat, Khamis.


“Beliau (Chun Wai) cuba menjadi bijak dengan mengajar umat Islam tentang apa yang mereka boleh lakukan, dan bertanya mengapa umat Islam menyentuh anjing dijadikan isu kerana ia adalah satu acara yang bersifat penyayang.


“Orang bukan Islam, jangan mengajar umat Islam bagaimana untuk berbuat baik kepada anjing, hanya orang Islam yang tahu bagaimana mereka harus berbuat baik kepada anjing,” katanya.


Namun Chun Wai ketika dihubungi terkejut dengan kenyataan Tajuddin kerana beliau tidak pernah memberi komen dan tidak pernah menulis sebarang artikel mengenai acara I want To Touch A Dog.


“The Star tidak menyebelahi mana-mana pihak mengenai isu itu dalam mana-mana penulisannya kecuali membuat liputan berita,” kata Chun Wai.


“Untuk rekod, The Star telah mengambil pandangan ulama Islam dan umat Islam biasa yang telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan acara tersebut,” katanya.


“Saya berharap Timbalan Menteri memeriksa fakta terlebih dahulu,” kata Chun wai.


Tajuddin, yang juga seorang ahli Majlis Tertinggi Umno turut mengkritik Marina Mahathir yang “terlalu liberal” bagi seorang Muslim, dan mempersoalkan pemahaman agamanya mengenai perkara itu.


“Dia mengecam kerajaan dan pihak berkuasa agama yang menegur pihak penganjur, mengatakan dia (penganjur) adalah seorang budak yang baik, melakukan kerja kebajikan dan membantu orang lain.


“Jika anda melakukan kerja kebajikan, tidak bermakna anda boleh melakukan perkara-perkara yang haram. Haram adalah haram!” katanya.


Menerusi ruangan ‘Musings’ dalam akhbar The Star pada 23 Oktober, Marina membela penganjur Syed Azmi Alhabshi dengan mengatakan dia tidak bermaksud untuk menghina sesiapa dengan acara tersebut.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top