Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sisters In Sislam : PAS WAJIB TARBIAH 3 MP NYA SEBELUM LEBIH PARAH!!!




Drastik kepala mangkuk.. tunggu dah terbarai baru nak perbetulkan? Jangan ambil mudah dan sambil lewa perihal agama ni.

Telah sepakat ulama' mengatakan bahawa Islam liberal dan pluralisme agama adalah satu bentuk ajaran sesat yang diseludup masuk bagi menghancurkan pegangan agama yang murni kepada umat ini, yang hairannya mengapalah ada lagi yang masih 'kebingungan' terhadap istilah sebegini, sehingga perlu diadakan sidang akhbar mempertahankan NGO yang terang2an menentang Islam di atas nama Islam itu? - Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.


Tindakan 3 ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan majlis fatwa negeri, MAIS yang mengharamkan pertubuhan NGO (Sisters In Islam) dan diistiharkan sesat baru-baru ini menghairankan ramai umat Islam di negara kita.

Kata mereka, pihak berkuasa agama sepatutnya mengusahakan satu dialog untuk mengenalpasti maksud "pluralisme" dan "liberalisme" terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Pihaknya mahu penjelasan daripada MAIS berhubung Fatwa mengenai takrifan liberalisme dan pluralisme yang "tidak dijelaskan".

Nah, PAS sekarang jadi jurucakap bagi pihak Sisters in Islam pula.... Bab akidah jangan dibuat perkara mainan. Tak perlu hendak mempolitikkan isu dengan putar belit demi untuk meraih sokongan sebilangan pengundi. 

MAIS ialah penguatkuasa agama negeri Selangor dan penasihat kepada DYMM Sultan Selangor. Mereka adalah AHLI dalam bidang mereka. Sedangkan kamu semua cuma ahli politik, bukan ulama.. Jadi usahlah menjadi professor serba tahu dalam semua bidang. Serahkan perkara melibatkan hukum dan bab akidah kepada pihak yang bertanggungjawab.

Ada banyak lagi jenis fatwa bangang bertaraf tadika seperti 'haram solat berimamkan penyokong UMNO/BN', 'haram memakan sembelihan orang UMNO/BN' dan sebagainya. Kenapa tak dipertikaikan takrifan 'haram' yang dibuat PAS dulu? 

Apa dalil PAS menghukum kafir terhadap saudara seagama sendiri? Waktu itulah sepatutnya PC dibuat lepas sidang Parlimen, itupun kalau berani 'dikorbankan' demi Islam.. 

Jadi kita andaikan totok PAS yang masih berpegang pada ajaran seperti itu juga sama sesatnya. Orang sesat pasti akan tolong menyesatkan orang sesat yang lain dalam keadaan kedua-duanya sesat. 

Bukankah lebih baik cegah sebelum terkena daripada cegah sebelum parah???

Apa respon dari Kepimpinan PAS? BACA LINK DIBAWAH :

PAS Selangor mengambil pendirian tidak akan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa serta menegaskan, pendirian ketiga pemimpin mereka berhubung status Sisters in Islam (SIS) dan mempertikaikan fatwa berkenaan tiada kaitan dengan parti itu  

Isu Fatwa SIS Porak Perandakan PAS Lagi    


http://www.pru14.tv/2014/11/07/isu-fatwa-sis-porak-perandakan-pas-lagi/
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top