Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MUTAKHIR!!! KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN KES LIWAT 2 !!! (GAMBAR)



Selepas bertahun-tahun lamanya rakyat menderita dan sengsara dek kerana Bang Non sorang, hari ini 5 panel juri Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan yang mengecewakan ramai pihak.


PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat dan hukuman penjara lima tahun ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim, berkata mereka memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan.


Beliau turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar sebanyak RM10,000 sementara menunggu keputusan mahkamah tertinggi itu. Pendengaran rayuan berlangsung selama lapan hari bermula 28 Okt.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada membenarkan atau menolak rayuan Anwar bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas selepas ia membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan ketua pembangkang itu.

Jika Anwar gagal dalam rayuannya, beliau akan lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen (MP) kawasan Permatang Pauh kerana Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang MP akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara. Bagaimanapun perkara itu hanya akan didengar sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Pendengaran rayuan itu yang pada awalnya ditetapkan dua hari mulai 28 Okt telah berlarutan selama lapan hari berikutan pihak pembelaan dan pendakwaan menyampaikan hujahan panjang lebar dan mengemukakan banyak rujukan kes undang-undang dalam rayuan itu.

Terdahulu, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pasukan 15 peguam yang mewakili Anwar, menggulung hujahan pihak pembelaan.

Peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, Gobind Singh Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar. – BERNAMA






Selamat Beristirehat Bang Non...
Buat sementara.....
Share this article

1 Komen:

  1. Like a desease that won't go away.

    Semoga ini adalah kali terakhir syaitan bertopengkan "manusia" ini dapat bersuara. Sudah PENAT satu negara melayan kerenah pondan tua ni!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top