Nuffnang

TUNGGU APA LAGI??? 95 % Pusat Ternak Babi Tidak Ikut Standard!!!



3 NOV: Hampir 95 peratus pusat penternakan babi di negara ini gagal mematuhi syarat serta standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan rekod hanya terdapat 38 daripada 737 pusat penternakan yang patuh dengan syarat-syarat tersebut pada masa ini.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan kementerian itu di Putrajaya, Isnin.

Sehubungan itu katanya, semua kandang babi wajib berada pada jarak sekurang-kurangnya 200 meter dari penempatan penduduk bagi mengelakkan berlakunya penularan penyakit seperti Japanese Encephalitis (JE) berkuasakuasa pada 2016.

Ismail berkata di bawah konsep ‘Penternakan Babi Moden’ itu, semua kandang haiwan berkenaan juga wajib bertutup, sistem pengurusan sisa kumbahan sifar dan mengamalkan Amalan Penternakan Baik (GAHP).

Beliau berkata, ketika ini, hampir 95 peratus kandang babi di negara ini tidak mengikut piawaian berkenaan.

“Kita akan bagi tempoh selama setahun untuk penternak babi mematuhi peraturan baru ini dan mereka akan dibantu oleh Jabatan Veterinar,” katanya.

Huh!!!! Tempoh lagi? Jangan banyak sangat berlakon dan cakap sahaja Pak Menteri. Buktikan!!!!
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top