Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TUN M VS NAJIB : MUKHRIZ PULA BERSUARA....



Benarkah teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Seri Najib Tun Razak dalam laman blognya baru-baru ini tanda beliau marah kepada Perdana Menteri?

Jika betul mantan Perdana Menteri itu marah kepada Najib kenapa beliau hadir di sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka 31 Ogos dan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di KLIA, 2 September lalu?


Mungkin jika ada yang tidak percaya bahawa teguran Dr Mahathir terhadap Najib kerana sifat sayang beliau kepada pemimpin tertinggi negara itu, kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ini boleh dianggap mengesahkan perkara itu.

Menurut Mukhriz, teguran Dr Mahathir terhadap Najib datang daripada sifat sayangnya kepada pemimpin tertinggi negara itu.

Beliau berkata, teguran ayahandanya itu juga bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Perdana Menteri yang berhadapan pelbagai ujian akhir-akhir ini.

“Ingin saya meyakinkan Datuk Seri (Najib), dan saya rasa Datuk Seri pun tahu perkara ini, bahawasanya teguran yang telah dikemukakan oleh ayahanda Tun Mahathir adalah datangnya daripada sifat sayang dan bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Datuk Seri.

“Daripada kenyataan-kenyataan Datuk Seri sendiri, saya percaya Datuk Seri juga memahami akan perkara ini,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun yang disempurnakan oleh Najib di Jerlun Jumaat.

Baru-baru ini, Dr Mahathir menerusi blognya berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Dr Mahathir berkata, berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.

Mukhriz yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun berkata hanya orang yang sayangkan kita sahaja yang akan menegur kita untuk tujuan membetulkan kesilapan yang mungkin telah kita lakukan.

“Ini adalah manifestasi sokongan yang ikhlas terhadap pemimpin. Sokongan kategori ini yang saya perlukan kerana saya juga akui tidak mempunyai monopoli kebijaksanaan dalam mentadbir negeri ini. Sokongan ikhlas seperti ini juga memberi kekuatan kepada pemimpin. Kalau kita tidak sayang seseorang itu, masakan kita akan menegur untuk kebaikannya.

“Walaupun begitu, satu lagi kategori sokongan adalah sokongan yang membawa rebah. Sokongan jenis ini disulami kata-kata manis yang mengasyikkan, membuai pemimpin dengan mimpi-mimpi indah walhal keadaan sebenar lebih mirip mimpi ngeri. Ini berbahaya bagi pemimpin, dan saya harap saya tidak dikelilingi oleh penyokong daripada kategori ini,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata seluruh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri Kedah akan taat dan setia kepada perjuangan parti serta ikhlas menyokong kepimpinan Najib.

“Saya ingin menyatakan bahawa BN Kedah akan terus berusaha untuk mengekalkan sokongan rakyat agar mandat yang diamanahkan itu akan kekal di dalam tangan kita (BN),” katanya.- 5/9/2014 - SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. Teguran Tun M itu tandanya sayang..sebab NAJIB dan banyak terpesong dari landasan...sebab selalu dengar dan cakap "PENDEK KATA'

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top