Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!! LANGKAH HADI BIKIN LANGKAH KAJANG "KEJANG"



Kandungan dua surat daripada PAS yang menggariskan senarai calon berbeza untuk calon menteri besar Selangor menimbulkan kemarahan dari sebilangan anggota parti Islam itu. 

Tindakan mengemukakan surat tersebut, yang digelar sebagai “Langkah Hadi”, dilihat “mengingkari” keputusan jawatankuasa pusatnya. 



Parti tersebut sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa ia berhasrat untuk mengemukakan pemimpin PAS ke jawatan tersebut, bagi menghormati hak PKR ke atas jawatan berkenaan.

Namun, satu surat daripada pejabat Hadi itu langsung tidak menamakan sebarang ADUN PKR dalam senarai berkenaan yang seterusnya dihantar ke Istana.

Senarai itu mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

"Saya tidak tahu langsung tentang perkembangan ini. Saya hanya dapat tahu melalui berita di dalam  Internet," kata Iskandar

Malah, Timbalan Hadi, Mohamad Sabu juga menegaskan beliau dan pimpinan Pusat PAS tidak tahu menahu langsung berkenaan perkara ini.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adalah difahamkan surat itu dihantar ke istana oleh seorang exco Pemuda PAS yang "rapat" dengan Hadi, dengan ditemani seorang kerabat diraja Selangor yang mengetuai satu syarikat GLC negeri itu.

Tiada nama calon PKR

Beberapa sumber memberitahu, seorang pimpinan kanan PAS yang terlibat langsung dalam perkara ini naik berang dan meminta pejabat presidennya menarik kembali senarai itu dan menghantar senarai baru.

Perkembangan itu menunjukkan PAS seolah-olah berjaya menyelesaikan satu satu krisis.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya dilaporkan mengakui bahawa pelan asal parti itu adalah untuk menghantar nama tiga ADUN PAS sahaja.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa PAS “membetulkan” perkara tersebut melalui senarai kedua yang dihantar kepada istana Selangor.

Senarai baru yang mengandungi nama dua ADUN PKR dan satu ADUN PAS itu dihantar beberapa jam selepas itu.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan nama ADUN dalam senarai baru tersebut.

Beberapa lagi sumber yang berkenaan memberitahu bahawa senarai nama baru itu tidak mengandungi nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali.

Ia bertentangan dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos lalu.

Pejabat Hadi menyenaraikan nama pilihan mereka sendiri iaitu ADUN Ijok Idris Ahmad dan bekas Exco Selangor Yaakob Sapari sebagai calon dan nama pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar.

PKR dan DAP bagaimanapun hanya menghantar satu nama - Wan Azizah walau Sultan Selangor menitahkan agar parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama.

Biarpun Hadi mungkin tidak memainkan peranan aktif dalam hal ini, perkara ini dilihat dilakukan dari pejabat beliau, atau individu dari pejabat beliau, akan mengaitkan dirnya sendiri sebagai presiden parti.

Pengingkaran terhadap badan pembuat keputusan eksekutif PAS sendiri akan menjejaskan hubungan Hadi dengan barisan pimpinan tinggi lain menjelang muktamar tahunan parti itu.

Muktamar tersebut dijadualkan berlangsung di Johor bermula 18 hingga 21 September ini.

Ini turut menambah pergeseran antara pemimpin pro-Pakatan Rakyat dalam PAS dan pimpinan konservatif yang dibarisi golongan ulama – kebanyakannya dari Kelantan dan Terengganu.
Share this article

5 Komen:

  1. Hairan pulak tengok puak2 PAS yang "membantah" tindakan Presiden PAS membuat pendirian yang berlainan dari apa yang dipaksa oleh PKR-DAP.

    Di manakah puak2 ini apabila DAP-PKR terang2 menolak tanpa berkompromi cadangan PAS untuk memperkenalkan HUDUD di Kelantan?

    So, PAS tak boleh berbuat sesuka hati di Kelantan yang dikuasai oleh PAS tetapi PKR boleh berbuat sesuka hati di Selangor di mana kerusi PKR pun tak seberapa pun.

    Kenapa kafir2 seperti khalid gereja, mat sabu, etc etc tak membantah DAP-PKR ketika mereka membantah HUDUD di Kelantan?????

    Memang tidak berintegriti...perangai seburuk idola mereka, AL JUBURI AL LAKNAT.

    BalasPadam
  2. Ya allah...musnahkan lah pakatan rakyat ini...amin

    BalasPadam
  3. Apa punya orang mintak doa dan gelar camtu..ni geng wahabi la ni..geng ni yg dok pelingkup islam cam puak ISIS..bahaya puak ni.jenis ISIS versi malaysia..patut la islam di benci kerana hangpa ni la..islam patut agama kasih sayang tp hgpa buat islam jd agama suka bermusuh..nauzubillahi minzalik..

    BalasPadam
  4. Islam agama kasih sayang...sampai sanggup makan babi dengan DAP daripada makan ayam dengan UMNO?

    Tak salah kalau doakan kemusnahan MUSUH Islam yang sebenarnya, iaitu pakatan haramjadah!

    9:54ptg, AMIN!!

    BalasPadam
  5. ASSALAMMUALAIKUM. kepada SAHABAT KU SEMUA....ya ALLAH A.W.T beri lah pentunjuk kepada mereka mereka yg cuba menjatuhkan ISLAM.. YA ALLAH beri kan lah kesedaran kepada hamba mu yg telah terleka di sebab kan hanya kerana pangkat dan kemewahan di dunia ini.. YA ALLAH ampuni lah DOSA DOSA hamba mu ini.... kepada sahabat sahabat ku semua xkira lah dari parti politik mana sekali pun UMNO,PAS dan PKR... mari lah kita sama sama berDOA dan berusaha untuk jaga dan berpegang tegoh dgn satu PERKARA sahaja iaitu pertahan kan lah
    ISLAM,BANGSA DAN TANAH AIR KITA. AMIN. Moga di perkenankan.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top