Nuffnang

CALON MB SELANGOR : SELESAI FASA 1, TUNGGU FASA DUA!!!

Ramai wartawan hadir di bangunan SUK,Shah Alam untuk menanti khabar terbaru mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor setelah tempoh untuk serah senarai nama kepada Sultan Selangor tamat hari ini Rabu.


Istana Selangor tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan setakat ini.Tumpuan cuma pada sidang akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim selepas beliau selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri.


Khalid yang tampil di sidang akhbar itu bersama empat Exco PAS yang masih terus bersamanya cuma memberitahu PKR, DAP dan PAS sudah serah nama calon kepada Istana Selangor.

Menteri Besar itu berkata beliau tidak tahu siapa nama yang dicalon parti-parti itu dan tidak berminat hendak tahu.

Beliau juga tidak tahu berapa lama tempoh masa yang akan diambil oleh Istana Selangor untuk menilai dan memilih Menteri Besar baru.

Katanya beliau tidak campuri urusan pemilihan Menteri Besar baru dan hal itu terserah sepenuhnya pada Istana Selangor.

"Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan istana akan memberi maklum balas.

"Sehingga proses selesai pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Harap semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Setakat ini difahamkan PKR dan DAP hanya menamakan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja.

PAS pula dikatakan serah dua nama Wan Azizah dan Azmin Ali.

Sementara itu Persuruhjaya PAS Selangor,Iskandar Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri beritahu wartawan pada sidang akhbar itu bahawa pendirian 13 ADUN PAS Selangor masih kekal tidak berubah.

Beliau nafi ada yang sudah termakan pujukan dan beralih sokong Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar.
Share this article

1 Komen:

  1. patut la orang cakap PAS ni LEMBU...orang dia ada yg cerdik tapi letak nama calon dari PKR...PAS baik bunuh diri la...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top