Nuffnang

#MH17 : GAMBAR - Insiden Tumbuk-Menumbuk Cemar Majlis Penghormatan Mangsa!!



Majlis penyempurnaan jasad seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 kecoh apabila seorang ahli keluarga menumbuk seorang jurugambar NST.


Kejadian dikatakan berlaku apabila ahli keluarga di Pusat Reringatan Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur berang dengan wartawan yang terus merakamkan upacara berkenaan.


Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.

Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.




Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.



Seorang lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang Aizuddin Saad mengambil gambar mereka.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat itu.

Menurut saksi kejadian, tidak sepatutnya kenalan mediang Paul Goes bertindak menumbuk jurugambar itu, ia adalah perbuatan yang tidak wajar.

Tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, namun dalam situasi ketika itu kita seharusnya memahami apa yang keluarga mangsa rasakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Share this article

4 Komen:

  1. Ini mesti angkara UMNO, MIC dan BN.... Pakatan Rakyat tidak akan bertindak sebegini. Pakatan Rakyat amat berhemah. Hidup Pakatan Rakyat... Hidup DAP... Hidup PKR... Hidup PAS... takbirrrrr

    BalasPadam
  2. biadap betul keluarga mangsa tu.

    BalasPadam
  3. apalah nasib...

    BalasPadam
  4. Kurang ajar. Apa punya orang


    -Tim Skold-

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top