Nuffnang

Memilih Pemenang Ratu Cantik Dalam UMNO? @KhairyKJ





Siapa yang tidak suka pemimpin yang dipilih nanti seorang yang cantik, bergaya dan sejuk mata memandang? Semua suka bukan? Namun rupa paras semata-mata tidak akan menjamin seeorang itu mampu menjadi pemimpin yang baik.

“Ini bukan pertandingan ratu cantik atau mencari populariti, sebaliknya pilihlah pemimpin parti yang boleh memimpin sehingga ke PRU14 nanti. Kita perlu memilih pemimpin yang boleh bertanggungjawab memegang jawatan serta mempunyai rekod pencapaian baik sepanjang berada bersama parti.



Pemilihan Umno bukan pertandingan ratu cantik untuk mencari populariti, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Katanya, perwakilan perlu bijak memilih calon bukan kerana nafsu tetapi pilih mereka yang layak untuk menerajui parti.

“Sudah pasti kita mahu lihat perubahan dalam Umno, tetapi perubahan itu mestilah datang dengan keyakinan bahawa siapa yang kita pilih boleh melaksanakan perubahan, " katanya ketika berucap sewaktu menghadiri Himpunan Generasi Muda Perak bersama Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, hari ini.

Khairy berkata, setiap calon boleh bercakap dan menjanjikan sesuatu tetapi sejauh mana ia mampu dilaksanakan perlu dilihat kepada rekod pencapaian mereka.

“Saya yakin di peringkat pemuda kita akan jalankan pemilihan ini dengan sihat serta memilih pemimpin yang mampu kuatkan lagi jentera BN,” katanya pada sidang media di sini.

Hadir sama, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda Umno Negeri, Khairul Azwan Harun, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Mengulas mengenai peraturan berkempen, Khairy berkata, sesi pengenalan calon berjalan seperti biasa tetapi tidak bermaksud calon-calon tidak boleh berjumpa dengan perwakilan di majlis yang lain.

“Sebagai contoh majlis hari ini. Saya dan Hishammuddin, kita datang hari ini (semalam) adalah perjumpaan orang muda di negeri Perak.

“Kita jemput semua pemimpin belia dan orang muda di negeri Perak hadir, tetapi ramai juga yang datang adalah ahli Umno. Kita tak boleh halang mereka nak datang kerana mereka juga pemimpin muda.

“Dalam masa sama, kita tak boleh nak menghalang calon berjumpa dengan perwakilan seperti di majlis parti, majlis kerajaan malah di mana-mana saja.

“Jika saya jumpa mereka di kedai makan, takkan saya tak jumpa mereka semata-mata kerana larangan kempen,” jelasnya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top