Nuffnang

Apabila Amerika Tak Boleh Bayar Gaji!!






Dalam negara ini belum pernah berlaku keadaan dimana kakitangan kerajaan tidak dibayar gaji. Jangan kata tak bayar gaji, kakitangan kerajaan di negara ini adalah yang paling sukar dibuang kerja walaupun ada diantara mereka prestasi macam haram dan sokong pembangkang pulak tu.


Yang mati-mati sokong kerajaan, nak jadi kerani pentadbiran pun payah, walaupun ijazahnya bergulung.

Seingat penulis, kes paling hampir berlaku apabila pentadbiran negeri Kedah (semasa dibawah pentadbiran pembangkang) dikaitkan dengan kegagalan membayar gaji di sektor kerajaan tertentu menggunakan dana dari kerajaan negeri, sebaliknya dana lain.

Tak pasti kebenaran tentang itu, tapi yang nyata ada pekeliling yang menyebut tentang pemotongan elaun perjalanan dan sebagainya.

Selangor pula selepas PRU13 yang lepas pun hampir menghadapi keadaan sama, bila kerajaan negeri terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak RM 761 juta Julai lepas atau kerajaan negeri akan mengalami masalah kewangan – termasuk gagal membayar gaji.

Kita perlu ingat, bajet 2013 Selangor yang dibentangkan pada tahun lepas, hanya bernilai RM 1.63 billion, tapi peruntukkan tambahan saja sudah jauh lebih dari separuh – belum habis setahun pun.

Semua ini berlaku di negeri pembangkang walaupun BN yang sering kali dituduh cuba membankrapkan negara.

Perkara ini (tidak membayar gaji) bagaimanapun berlaku di Amerika Syarikat -negara yang kononnya kaya, maju dalam serba serbi, canggih, terkuat dan apa jadah, bila sejuta kakitangan kerajaan negara tersebut tidak akan dibayar gaji akibat peruntukkan kewangan yang dipohon Presiden Barrack Obama, tidak dilepaskan Kongres.

Sehinggakan, ada kakitangan yang terpaksa cuti tidak bergaji dan pejabat ditutup kerana masalah tersebut. Sementara yang masih bergaji, berkemungkinan besar akan menerima bayaran lambat.

Walaupun soalnya bukan tidak ada wang, cuma peruntukkan yang tidak diluluskan, tapi ia masih lagi satu peristiwa yang mencemar imej negara Uncle Sam tersebut. Di Zimbabwe yang kadar inflasinya beribu kali tinggi dari USA pun, belum ada lagi berita serupa yang dilaporkan.

Maka itu penting disebutkan bahawa pengurusan kewangan negara perlu diuruskan dengan baik dan kerajaan juga perlu mempunyai kekuatan politik yang meyakinkan untuk memastikan perkara sedemikian tidak berlaku di negara kita.

Isu negara bankrap dan tidak mempunyai wang ini boleh berlaku dan akan berlaku kepada mana-mana negara yang tidak mempunyai pengurusan kewangan dan politik yang baik – termasuk negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Negara kita tak jadi macam itu, bersyukurlah.

- MYKMU
Share this article

3 Komen:

  1. Alhamdulillah! Malaysia Aman Damai Dan Sejahtera Tapi Puak-Puak Yang Merasakan Mereka Boleh Memberi Lebih Daripada Itu Akan Tetap Mencuba-Dan Mencuba Untuk Ke Putrajaya Walaupun Terpaksa Mengorbankan Kesejahteraan Dan Keamanan Yang Dinikmati Rakyat Jelata Yang Sedia Ada.

    BalasPadam
  2. kencing...... kerajaan Selangor kan ada rizab 3 bilion apa masalah nak pinjam plak?.... yg aku tahu negeri2 BN yg bangkerap...... pundek suka kencing rakyat haramjadah umno ni......

    BalasPadam
  3. tulaaa...nak putar pun, poutar lah secara berdalil. Barulah orang berfikiran yg baca akan percaya. Kerajaan Persekutuan UMNO memang tak ada masalah bayar gaji. Kalau tak cukup duit kerajaan ini akan suruh Bank Negara Malaysia cetak duit baru.. Kerajaan negeri samada PR atau UMNO tidak diberi kuasa berbuat demikian kerana Bank Negara dan Kementerian Kewangan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan UMNO. Kenapa penulis blog ini tidak menceritakan keadaan sebenar dan menyeluruh?
    Kesian kpd pembaca yg telah diputrabelitkan oleh penulis blog ini.

    sri hartamas

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top