Nuffnang

PAS FOR ALL : Pro Ulama VS Pro Profesional Semakin Parah!!





Pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam PAS dilihat semakin parah apabila dikatakan ada usaha dari kumpulan pro-ulama untuk menguasai pimpinan PAS kawasan.

Usaha kumpulan pro-ulama ini dilihat ketara di Wilayah Persekutuan apabila ada usaha dari kumpulan ini untuk 'merampas' pimpinan PAS kawasan Putrajaya, Bukit Bintang dan Batu.



Sumber dalaman PAS Wilayah Persekutuan memberitahu, kumpulan pro-ulama ini telah lama menggerakkan usaha mereka untuk memastikan pimpinan yang pro-profesional di Putrajaya, Bukit Bintang dan Batu.

Namun usaha itu dikatakan hanya berjaya di Putrajaya manakala di kawasan Bukit Bintang dan Batu pula pemimpin pro-profesional berjaya mengekalkan jawatan sekaligus menafikan hasrat kumpulan pro-ulama.

"Mereka (kumpulan pro-ulama) sudah lama buat kerja nak jatuhkan kumpulan pro-profesional ini, mereka memang target kawasan Putrajaya, Bukit Bintang dan Batu sebab ahli tak ramai sangat.

"Puak ini (kumpulan pro-ulama) kalau bab susun gerak kerja nak jatuhkan puak profesional ni lebih profesional daripada puak yang dikatakan profesional.

"Mereka buat ini semua sebab nak pastikan perwakilan ke Muktamar nanti semuanya dari kumpulan pro-ulama, jadi tentunya usaha nak pastikan kerusi timbalan dan naib dapat kepada ulama akan berjaya," kata sumber tersebut.

Sementara itu, bekas Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria memaklumkan beliau telah menghantar surat kepada PAS Pusat supaya mesyuarat agung tahunan PAS Putrajaya yang berlangsung pada 22 September lalu disiasat.

Ketika dihubungi, Nazir menjelaskan beliau mendesak supaya PAS Pusat membatalkan Mesyuarat Agung PAS Putrajaya.

Nazir mendakwa notis memanggil mesyuarat agung tahunan dibuat dalam tempoh tidak sampai 14 hari dan ia melanggar perlembagaan parti.

"Notis memanggil mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Putrajaya dikeluarkan pada 12 September dan mesyuarat dibuat pada 22 September, ini jelas melanggar perlembagaan kerana kurang dari 14 hari," katanya.

Bab kelima Fasal 18 (c) Perlembagaan PAS menyatakan: Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasan dan Mesyuarat Agung Khas Kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan dengan menyertakan agenda, laporan dan penyata kewangan yang telah diaudit.

Beliau juga mendakwa telah direhatkan dari menjalankan tugas sebagai YDP melalui satu surat yang dikeluarkan oleh pemangku Timbalan YDP, Kamaruzaman Mohamad dan dua pemimpin PAS Putrajaya yang lain pada 3 April lalu.

“Adakah tindakan itu dibenarkan oleh perlembagaan kerana tidak ada klausa yang menyebut bahawa YDP boleh direhatkan.

"Keputusan merehatkan YDP hanya boleh dibuat oleh jawatankuasa disiplin PAS pusat," katanya lagi.

Biarpun dalam surat merehatkannya itu tidak dinyatakan sebab namun Nazir mendakwa beliau direhatkan kerana mempertahankan keputusan mesyuarat kawasan yang mahukan Datuk Husam Musa dipilih sebagai calon mewakili PAS bertanding di Putrajaya ketika Pilihan Raya Umum yang ke-13 lalu.

Nazir juga mendakwa lebih 2/3 orang ahli PAS Cawangan Presint 14 tidak mengetahui bila dan di mana Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.

“Saya mempunya senarai ahli-ahli PAS cawangan ini yang dinafikan hak mereka sebagai ahli parti untuk hadir di dalam mesyuarat agung cawangan tersebut, dan perkara ini akan saya rujuk kepada ROS dan sekiranya perlu tindakan mahkamah juga perlu dibuat,” Kata Nazir.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi menjelaskan pihaknya telah menerima aduan daripada Nazir dan akan meneliti perkara yang dibangkitkan.

"Kami akan teliti apa yang dilaporkan dan akan menyiasat perkara tersebut," katanya lagi.

Bagaimanapun wartawan gagal menghubungi YDP PAS Putrajaya yang baru dipilih, Kamaruzaman Mohamad untuk mendapatkan penjelasan daripada pihaknya.

Di Batu pula, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yang diadakan pada 29 September lalu terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku kekecohan.

YDP PAS Batu, Ishak Surin bersama dua lagi pemimpin PAS kawasan tersebut berjaya mengekalkan jawatan selepas Mesyuarat Agung Tahunan disambung pada 6 Oktober lalu.

Ishak dikatakan mendakwa kekecohan berlaku apabila Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai Setiausaha Perhubungan dan Ketua Pemuda cuba mengambil alih proses pemilihan kawasan itu.

Selain Mesyuarat Agung Tahunan PAS Batu, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan juga dikatakan cuba mengambil alih Mesyuarat Agung Tahunan PAS Bukit Bintang.

YDP PAS Bukit Bintang, Radzi Hashim menjelaskan pihaknya menjemput wakil dari PAS Puchong untuk bertindak sebagai pemerhati tetapi tugas tersebut diambil alih oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

"Kami mula syak ada satu usaha untuk menjatuhkan pimpinan lama dengan cara yang licik bila badan perhubungan mengambil alih sebagai pemerhati.

"Lebih membuatkan kami syak ada cubaan untuk mengambil alih mesyuarat agung ini bila kami katakan tidak ada pertandingan, mereka (badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan) bertegas kata ada (pertandingan)," katanya ketika dihubungi.

Dalam pertandingan merebut jawatan YDP PAS Kawasan Bukit Bintang, Radzi berjaya mengalahkan pencabarnya Azmi Azman Johari.

Radzi mendapat 35 undi manakala pencabarnya yang dikatakan mewakili kumpula pro-ulama mendapat 12 undi.
Share this article

1 Komen:

  1. Dunia sudah mengusai hati. Penyakit wahan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top