Nuffnang

APA KES!! RM6,000 Untuk Sarapan Pagi VVIP!!



Gambar Hiasan

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).



Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Hmm..agak-agak la beb!! Bukan begini cara nak untung besar. Tak sabar nak tahu apa kesudahan dan penjelasan dari tuan punya restoran ni. 
Share this article

3 Komen:

  1. ohh.hanya lebih tulis kosong.rm600 baru betul..biasa lah lepas kejadian

    BalasPadam
  2. http://www.youtube.com/watch?v=-RSdf7RldsQ#t=48
    penjelasan pemilik kedai....baru engkau tahu siapa menipu siapa

    BalasPadam
  3. penjelasan pemilik kedai cas yg mahal rm 6000..dengar penjelasan baru tahu siapa tipu siapa..kan dah terjerat diri sendiri
    http://www.youtube.com/watch?v=-RSdf7RldsQ#t=48

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top