Nuffnang

SAMAN LAGI : Anwar Dan Karpal Dah Nekad!!!




"U Ulang I Saman" ? Kali ini giliran sape pula yang akan disaman oleh 2 Individu paling tak makan saman dalam sejarah politik tanah air. 



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh akan memfailkan saman terhadap bekas calon BN di Permatang Pauh, Mazlan Ismail dan Utusan Malaysia dalam waktu terdekat.

Karpal dalam kenyataan berkata, langkah itu dibuat jika tiada sebarang maklum balas selepas surat tuntutan guaman dihantar kepada mereka pada 10 September.

Menurutnya, Utusan mengaku menerima surat itu dan akan menjawabnya. Bagaimanapun, katanya, tiada perkembangan sejak itu.

Mazlan sebelum ini mendakwa menerima surat daripada pihak tidak dikenali yang menuduh Anwar membayar RM50 juta kepada firma guaman Karpal dalam bentuk bayaran guaman bagi merasuah timbalan pendakwaraya dan hakim.

Mazlan bagaimanapun enggan memohon maaf atas alasan kononnya beliau hanya meminta penjelasan daripada mereka.

"Pasukan undang-undang saya pada 4 Oktober menghantar surat kepada Utusan dan memberi tempoh tujuh hari.

"Kegagalannya akan menyebabkan Anwar dan Karpal memulakan perkara itu tanpa sebarang notis kepada mereka," kenyataan itu dipetik.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top