Nuffnang

KR1M : Alahai Menteri, Pertimbang Apa Lagi? Laksanakan Terus Seperti Hospital!!!





Alahai, menteri..... Kenapa la lambat sangat!! Ingatkan menteri baru ada idea baru, tapi idea cap ayam juga yang keluar!! Hampeh!!!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedia mempertimbang cadangan hanya rakyat tempatan dibenar membeli barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).



Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ini kerana KR1M diwujud sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah untuk memperoleh barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.

"Kalau ini hasrat daripada rakyat, kita akan buatkan dasar kerana KR1M adalah subsidi dan bantuan yang disediakan kerajaan (untuk rakyat Malaysia).

Kita tidak mahu orang luar (warga asing) menerima kemudahan yang sama.





"Kalau ada cadangan, saya akan cuba bawa ke Kabinet atau dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kerana kerajaan sangat prihatin terhadap suara rakyat.

Tetapi setakat hari ini, kita benarkan (warga asing membeli di KR1M),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen kesedaran pengguna bersama skuad pengguna dan ketua masyarakat di sini hari ini.

Hasan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar kerajaan mengehadkan hanya rakyat tempatan dibenar membeli barangan di KR1M.





Sehingga kini, sejumlah 99 KR1M beroperasi di seluruh negara, yang menawarkan sebanyak 397 produk berjenama 1Malaysia pada harga lebih rendah sehingga 50 peratus berbanding barangan sama daripada jenama lain. - Bernama

Kalau disebut hak asasi dan kemanusiaan, cuba bagi contoh negara kat dunia ni mana yang bagi subsidi utk warga asing khususnya bagi barangan keperluan asas? Sedangkan dalam perubatan pun kita dah lama praktikkan. Petrol pun dah buat walau mekanisme penguatkuasaan boleh diperbaiki.

Jangan banyak cakap je wahai menteri, jangan sekadar mainkan isu untuk raih perhatian dan sokongan. Dah lama rasanya di kerusi tu, bila lagi nak "perform" demi rakyat. Jangan sekadar nak "play save" jer.

Fikirkanlah YB....



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top