Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yang video dan gambarnya menjual aiskrim menggunakan motosikal menjadi viral di media sosial menerima lebih 100 mesej peribadi sehari menerusi telefon bimbit sejak tiga hari lalu.
Namun, Nor Syamimi Azhari, 22, dari Kampung Belanga Pechah, Mukim Ayer Hangat di sini, bersyukur dan tersentuh dengan komen positif ribuan netizen terhadap aktiviti dilakukannya bagi mencari pendapatan tambahan menjelang Aidilfitri.
Sehingga berita ini ditulis, video dan gambar itu tular di laman sosial termasuk Facebook (FB), Twitter dan YouTube sehingga ditonton lebih 50,000 kali, 30,000 'like', 27,000 kongsi dan 2,000 komen.
"Sebenarnya, video dan gambar itu sudah lama dalam simpanan telefon bimbit milik saya dan abah cuma terpanggil untuk muat naik ke Facebook tiga hari lalu dan tanpa disangka ia menjadi viral di FB," katanya ketika ditemui..
Penuntut tahun tiga Jurusan Pendidikan Biologi itu mengakui membaca semua komen positif dan negatif daripada netizen bagaikan 'kuliah' untuk memajukan diri dalam bidang keusahawanan.
"Cuma video dan gambar yang viral itu turut disertai nombor telefon, sekali gus menyebabkan telefon saya dihujani lebih 100 mesej peribadi dan agak lucu pula apabila hanya 10 peratus bertanyakan mengenai perniagaan aiskrim, selebihnya ramai menghantar mesej nakal".
"Sudah lebih empat tahun saya melakukan kerja (menjual aiskrim) menggunakan motosikal bagi membantu abah. Bagi saya apa nak malu kerana ini kerja halal, malah aiskrim yang dijual agak istimewa kerana ia resipi ciptaan keluarga saya sendiri," katanya.
Gempak! Robot ini akan penuhkan akaun m2u anda
BalasPadamLagi info, klik sini ==> http://jutawan-app.blogspot.my